Pelan Tindakan Perpaduan Negara: PM Seru Masyarakat Bersatu Tepis Usaha Cemar Perpaduan [VIDEO]

Pelan Tindakan Perpaduan Negara: PM Seru Masyarakat Bersatu Tepis Usaha Cemar Perpaduan [VIDEO]

Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 adalah usaha untuk mengembalikan semula impian asal tentang perpaduan, yang tersurat dalam lima prinsip Rukun Negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, pelan berdasarkan lima strategi teras itu dirangka bagi memandu Keluarga Malaysia memahami makna perpaduan dalam skop yang lebih luas dan inklusif, dengan menjadikan Rukun Negara sebagai teras utama.

Katanya, pelan tersebut dirangka sesuai dengan program, mengikut keupayaan institusi di peringkat pusat, negeri dan akar umbi.

“Ini mampu memanfaatkan Keluarga Malaysia, merangkumi program pendidikan, ekonomi, kebajikan, sosio-budaya, sains, teknologi dan inovasi.

“Saya menyeru kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) selaku agensi peneraju dan pelaksana dalam pelan tindakan ini untuk duduk bersama sebagai sebuah keluarga besar,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap melancarkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030, di ibu negara hari ini.

Turut hadir, Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Halimah Sadique serta Ahli-Ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Exco Kerajaan Negeri yang mewakili semua parti.

Ismail Sabri berkata, lima teras tersebut ialah – Memelihara Sistem Demokrasi Berpelembagaan; Membentuk Masyarakat Untuk Menghargai Dan Mengamalkan Perpaduan; Memperkasakan Sosio-Ekonomi Yang Adil Dan Saksama; Menjamin Keterbukaan Dan Toleransi Terhadap Perbezaan Agama Dan Tradisi Kebudayaan; dan Membina Masyarakat Progresif Melalui Sains, Teknologi Dan Inovasi.

Bagi merealisasikan keberkesanan pelan tersebut, jelas beliau, ia memerlukan kerjasama erat semua pihak.

“Kerjasama semua pihak mampu mencorakkan kehidupan yang lebih tersusun, terangkum, bersama dan sentiasa bersyukur di atas apa yang kita perolehi seharian untuk membantuk kesepaduan dan keharmonian yang bersifat nasional tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Pada majlis yang sama, beliau turut melancarkan pelan Kami@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025.

Pelan itu, katanya, merupakan yang paling signifikan kepada Kementerian Perpaduan Negara dalam menerajui agenda perpaduan nasional.

“Pelan yang Merakyatkan Perpaduan ini akan memberi tumpuan terhadap empat dimensi, atau nama ringkasnya KAMI iaitu K bermakna – KARIB; A – AKSESIBILITI; M – MAJMUK dan I – INKLUSIVITI”

“Pelan ini dirangka berdasarkan satu kajian yang melibatkan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara menjurus kepada kepelbagaian budaya dan agama supaya dapat menepis sebarang usaha yang mencemarkan perpaduan di negara ini,” katanya lagi.

Beliau berkata, semua pihak perlu terus berusaha memastikan kemakmuran bersama antara Keluarga Malaysia kerana ia merupakan asas kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara.

Pelan Tindakan Perpaduan Negara: PM Seru Masyarakat Bersatu Tepis Usaha Cemar Perpaduan [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Isteri pukul suami ketika ditemu bual wartawan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker