Daftar GRS secara rasmi, itu pandangan peribadi Salleh – Bung
Daftar GRS secara rasmi, itu pandangan peribadi Salleh – Bung
Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin sekali lagi enggan terburu-buru dalam mendaftarkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai entiti politik rasmi.
Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Salleh Said Keruak, supaya mendaftarkan GRS secara rasmi, disifatkan sebagai pandangan peribadi.
“Perkara ini perlu diperincikan, terutama melihat apa yang baik dan buruk,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di Kompleks Sukan Likas, di sini.
Ketika ditanya berhubung cadangan itu demi memastikan tiada pertembungan kerusi pada pilihan raya umum akan datang, Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, berkata, “Ya, tetapi itu adalah pandangannya…Saya tidak pasti apa yang diperkatakan (apa yang disarankan Salleh).
“Namun, kami akan melihat perkara ini dan Umno Sabah sedia berbincang,” katanya.
Bung sebelum ini juga bersikap enggan terburu-buru, sambil menyifatkan perkara itu perlu dibincangkan terlebih dulu bersama kepimpinan tertinggi GRS.
Semalam, penganalisis menjangkakan lebih ramai ahli parti dalam GRS menolak sebarang cubaan mendaftarkan gabungan itu.
Mereka berpandangan, Umno sebagai contoh, tidak mahu terikat bersama gabungan lain selain Barisan Nasional, di mana parti itu mengetuainya.
Pada Khamis, Salleh berkata, GRS perlu didaftar secara rasmi demi memastikan gabungan itu kukuh.
Susulan itu, Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan yang juga Presiden STAR, selain Timbalan Pengerusi GRS, memberi petunjuk bahawa bukan semua parti menyambut baik saranan berkenaan.
Katanya, partinya sebelum ini sudah diberi tugas melakukan pendaftaran dan berusaha berbuat demikian sejak tahun lalu, namun menemui jalan buntu. FMT
Daftar GRS secara rasmi, itu pandangan peribadi Salleh – Bung
Baca Artikel Menarik :
- Katak lompat masuk Bersatu, dah tu gubal undang-undang anti lompat kenapa?
- Kes lelaki maut dicekik, 2 beranak ditahan reman
- Aishah bercerai lagi?
- Prof Ridhuan Tee beri amaran: Takkan nak tunggu Pulau Pinang jadi Singapura kedua? [VIDEO]
- Penunggang motosikal terbabas lihat gadis penjual penkek [VIDEO]
- Nik Abduh, Khairuddin dan Zuhdi dilantik untuk elak perpecahan
- Bekas PM kata Melayu malas, sedangkan nelayan keluar sebelum maghrib, balik subuh – Ismail
- Gempar mayat bogel bangun berjalan
- Pas tolak MN kalau hanya ada UMNO sahaja – Hadi
- Seronok Penyanyi Dangdut Amelina Diam-Diam Naik Pelamin, Peminat Siap Ucap Tahniah [VIDEO]
- Ramai sedih lihat budak jual gam
Layari Laman Facebook MYKMU
Mas Khan Lamar Diana Nasimuddin Dalam Majlis Indah