Kesian!! Dua Beradik Ini Terpaksa Berkongsi Kasut Yang Sama Untuk Ke Sekolah [VIDEO]

Kesian!! Dua Beradik Ini Terpaksa Berkongsi Kasut Yang Sama Untuk Ke Sekolah [VIDEO]

Tular satu video yang memaparkan kisah sepasang adik-beradik bertukar ganti kasut sekolah di antara satu sama lain di salah sebuah sekolah rendah di Kota Bau Bau, Sulawesi Tenggara, memetik laporan daripada Suara.com. Sebak dibuatnya…

KERANA KASUT ROSAK, DUA BERADIK GILIR-GILIR TUKAR KASUT KE SEKOLAH

Dalam video yang dimuat naik oleh Tribunwow Official menunjukkan dua beradik itu bertukar kasut apabila mereka pergi ke sekolah. Sudah menjadi perkara wajib untuk pelajar sekolah memakai pakaian formal yang lengkap, jadi dua beradik itu sanggup berkongsi kasut. Mereka terpaksa berbuat demikian kerana kasut salah seorang daripada adik-beradik itu telah rosak.



Dua beradik tersebut yang bernama Nadia Blink (kakak) yang berusia 11 tahun dan adiknya Riski Blink yang berusia 9 tahun masing-masing masih lagi di peringkat sekolah rendah.

Mereka dikatakan sudah berkongsi kasut sejak beberapa bulan yang lalu. Disebabkan waktu persekolahan mereka adalah berbeza, iaitu pagi dan petang maka dua beradik itu boleh berkongsikan kasut tersebut.

Namun apa yang menyedihkan adalah, sekiranya ada jadual waktu persekolahan yang memerlukan mereka masuk pada waktu yang sama, akan ada di antara mereka yang terpaksa mengalah untuk memakai kasut tersebut.

“Kalau saya masuk pukul 10 pagi saya akan tunggu dia selesai dulu.” kata Nadia kakaknya.



“Semangat mereka berdua nak sekolah sangat luar biasa, walaupun sepasang kasut itu terpaksa diguna pakai secara bergilir-gilir.” kata Waode, salah seorang penduduk Baubau.

DAPAT BANTUAN KETUA POLIS

Sudah pasti, perbuatan dua beradik itu yang saling berkongsi kasut menjadi bahan ejekan rakan-rakan mereka di sekolah. Sementara itu, Ketua Polis Baubau, AKBP Rio Takari, amat terharu dengan situasi menyentuh hati dua beradik itu.

“Saya sangat terharu saat membayangkan masa kecil saya yang turut ada pengalaman yang lebih kurang sama seperti mereka, dan saya ingin memberi semangat kepada mereka.”



“Saya mahu mereka kekalkan semangat di tengah-tengah keterbatasan, percayalah Allah itu Maha Baik dan Maha Hebat dalam segala jalanNya, memberikan pertolongan kepada umat-Nya yang ingin mencuba,” kata Ketua Polis Baubau itu.

Mendengar cerita adik-beradik itu, Ketua Polis Baubau kemudiannya telah menghulurkan bantuan. Beliau turut membeli peralatan sekolah dan memberikan motivasi serta dorongan agar kedua-duanya meneruskan pelajaran walaupun berada dalam keadaan yang penuh dengan kesukaran.-SL

Sumber: Suara.comTribunwow



Kesian!! Dua Beradik Ini Terpaksa Berkongsi Kasut Yang Sama Untuk Ke Sekolah [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Isteri pukul suami ketika ditemu bual wartawan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker