Ibu ajar anak mencarut dalam Bahasa Melayu (Video)

Ibu ajar anak mencarut dalam Bahasa Melayu (Video)

Demi sebuah isi kandungan video Youtube, seorang ibu sanggup mengajar anak-anaknya yang membesar di Amerika Syarikat dengan kata-kata makian atau mencarut dalam Bahasa Melayu.

Ini kerana kedua-dua anaknya tidak mengetahui langsung akan penggunaan bahasa ibunda mereka sendiri.

Namun, amat memalukan kerana bahasa ibunda yang diajar kepada kedua-dua remaja ini adalah dengan menggunakan kata-kata makian atau mencarut.

Antara kata-kata mencarut itu ialah ‘kepala bu&*#’, ‘puk&m#5=%’ dengan ‘mamp#*lah engkau’.

Bagaimanapun, terdapat warganet yang mengeji perbuatan wanita tersebut yang dianggap menghina budaya Melayu dan rakyat Malaysia.

Paling menghampakan, tindakan wanita itu turut menjadi bahan hiburan warganet dan ramai yang tidak menganggap perkara itu sebagai satu perkara yang sensitif.

Matlamat wanita tersebut yang ingin mengajar anaknya menggunakan Bahasa Melayu tidak menghalalkan cara apabila menggunakan perkataan-perkataan kesat.

Bagi penulis, jika ingin mengajar penggunaan perkataan kesat, sepatutnya ia tidak dirakam atau disiarkan kepada umum kerana ia akan menjejaskan integriti bahasa Melayu itu sendiri selain ia tidak selari dengan adab orang Melayu yang kaya budi bahasa dan kesopanan.

“Benda tak elok, no matter how normal it is, no matter how many people doesnit, tetap tidak elok,” ciapan afaizrosli di laman Twitternya.

“A cursing aunty? Not cool. This will never be funny to the civilized people. Don’t curse just to look cool or be funny. I don’t want to curse but sometimes I slipped my tongue and do. But don’t normalize vulgar,” ciapan azhxro.

“The people ‘butthurt’ at this actually probably just tak suka that it’s a woman cursing,” ciapan appapams.

“Haha, muka dia frust anak dia tak boleh sebut, kalau mak lain mahu kena cabai dah mulut,” ciapan srytlhsn. Utusan

Ibu ajar anak mencarut dalam Bahasa Melayu (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker