20 Homestay Menarik Di Melaka Ada Kolam Renang. Sesuai Buat Reunion & Family Day!

Sebaran :

20 Homestay Menarik Di Melaka Ada Kolam Renang. Sesuai Buat Reunion & Family Day!

“Wah, macam-macam tempat best kat Melaka. Kalau buat gathering dengan famili ramai-ramai pun best jugak kan. Mana homestay Melaka ada kolam renang yang best ye?”

Destinasi percutian tak asing lagi, itulah Melaka. Macam-macam makanan viral ada, tempat bersejarah, water park, pantai, zoo dan banyak lagi.

Tak rugi bawa famili bercuti ke Melaka kan? Kalau buat family day, lagi seronok dan meriah!



Jadi, apa kata kita intai-intai beberapa lokasi penginapan atau homestay yang menarik di Melaka yang mungkin anda tak tahu.

20 HOMESTAY DI MELAKA ADA KOLAM RENANG. UNIK, CANTIK & SESUAI UNTUK GATHERING

1. ANDJUNG SERI COTTAGE, SERKAM MERLIMAU

Andjung Seri Cottage yang terletak di Serkam ialah sebuah banglo yang privasi, lengkap dengan swimming pool dan segala kemudahan penginapan.

Di sini terdapat sebuah banglo 3 bilik dengan 3 bilik air yang boleh memuatkan maksimum 14 orang tetamu termasuk kanak-kanak.

Lokasi : PT 3230 Jalan Seri Serkam 10 Taman Seri, Kampung Serkam Darat, 77300 Merlimau

Facebook : Andjungseri Villa D’Klebang



Harga : Isnin – Jumaat : Bermula RM 590/malam
Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah : Bermula RM 690/malam

Harga Untuk Extra Tetamu : RM 30/orang

2. ANDJUNG SERI VILLA D’KLEBANG 

Kalau nak tahu, Andjung Seri juga mempunyai sebuah lagi homestay di Klebang yang baru dibuka awal tahun ini ! Tak kurang hebatnya, Andjung Seri Villa D’Klebang pula menawarkan homestay rumah semi-D dengan 4 bilik yang lebih luas dan terletak di kawasan yang lebih dekat untuk anda ulang-alik ke pusat bandar Melaka.

Homestay ini boleh memuatkan sehingga 18 orang termasuk kanak-kanak serta dilengkapi dengan swimming pool besar untuk anda dan anak-anak mandi manda sampai ke malam !



Seperti Andjung Seri Cottage Serkam, homestay yang terletak di Klebang turut menyediakan kelengkapan fasiliti seperti TV, dapur untuk memasak, toaster, mesin basuh, peti sejuk, seterika, hair dryer, BBQ pit, water heater. Parking pun tak payah pening kepala sebab ada private parking untuk 5-6 buah kereta.

homestay melaka

homestay melaka

homestay melaka

Harga: Isnin – Jumaat : Bermula RM 590/malam
Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah : Bermula RM 690/malam

Harga Untuk Extra Tetamu : RM 50/orang

Lokasi : No. 1C, Jalan Limbongan Permai 1, Taman Limbongan Permai, 75200 Klebang, Melaka

Facebook : Andjungseri Villa D’Klebang

3. MYMOMHOUZ

Wah, kalau tengok dari luar rumah ni sebijik macam dalam TV kan? Daripada rekabentuknya, warna dan material rumah, feeling macam dekat oversea pulak.

Tengok dari luar pun nampak macam bukan dekat Malaysia. Teruja nak masuk!

Dekorasi dalaman pun ala Inggeris.

Homestay di melaka

Rupanya banglo mewah ni cuma terletak di Jasin je tau.

Mymomhouz ni merupakan antara homestay yang terbaru di Melaka yang baru dibuka untuk penginapan sekitar bulan Oktober 2019.

Villa 4 bilik dengan rekabentuk senibina kolonial, homestay ini dibina lengkap dengan dekorasi interior yang sangat menarik. Ia boleh memuatkan lebih 20 orang dalam satu masa.

Selain kemudahan yang lengkap dengan BBQ dan kolam renang, di sini juga terdapat gelanggang bola keranjang dan badminton untuk beriadah. Permainan indoor seperti carrom, chess dan kad juga disediakan.

Harga:

Isnin – Khamis : RM 1,200/malam
Pakej 3 hari 2 malam : RM 2,200

Jumaat – Ahad/ Cuti Umum/ Cuti Sekolah : RM 1,500/malam
Pakej 3 hari 2 malam : RM 2,800

Lokasi: 1042 Jalan Kesang Pajak, Jasin

Facebook: Mymomhouz

4. TEA HILL HOMESTAY

Kalau tadi ada banglo ala kolonial, Tea Hill Homestay ini pularekabentuknya ala-ala cottage comel. Yang ni pun sangat sesuai untuk dijadikan tempat reunion dan gathering. 

Berlatarbelakangkan suasana kampung, lokasinya di pinggir kota memang tenang dan mendamaikam tapi cukup strategik.

 

 

Halaman homestay cukup lapang dan luas, boleh main futsal atau buat aktiviti ramai-ramai.

Terletak berdekatan dengan Tol Ayer Keroh, anda tak payah nak bersesak di bandar untuk sampai ke sini. Homestay ini mempunyai 4 unit rumah dengan setiap studio unit mempunyai 1 bilik air dengan jumlah 2 katil (queen + single). 1 unit rumah boleh memuatkan 4 – 5 orang.

Menariknya, di sini boleh juga main futsal dan memancing. Yang lagi best, harga pun ok sangat!

Harga: RM230.00/malam (termasuk weekends/weekdays/cuti sekolah/perayaan dll)

Lokasi: Lorong Azizi 2, 77200 Bemban, Melaka

Facebook: Tea Hill Homestay Melaka

5. RUMAH MAK EMBUN

Bagi yang lebih sukakan sentimental value pada rumah Melayu, bolehlah menikmati keindahan rumah tradisional di Rumah Mak Embun.

Sesekali ajak anak tengok suasana kampung, best jugak kan.

 Homestay di melaka dengan kolam renang 

Rekaan interior pun konsep tradisional. Susah nak jumpa dah sekarang ni.

 

Inspirasi di sebalik homestay ini memang menarik sebab ia merupakan rumah pusaka yang hampir roboh, dibangunkan semula dan dijaga rapi oleh anggota keluarga arwah Mak Embun.

Lebih menarik, binaan chalet ini pula menggunakan kayu terpakai dari rumah-rumah Melayu lama. Pendekatan ini selaras dengan konsep “authentic, green & sustainable” yang diutamakan oleh mereka.

Penambahan 3 buah chalet kayu berhampiran Rumah Mak Embun kini membolehkannya berupaya menampung pengunjung sehingga 40 orang pada satu-satu masa. Sesuai sangat bagi mereka yang merancang untuk menjalankan aktiviti Hari Keluarga dalam suasana kampung yang unik ini.

Rasa nostalgia macam balik kampung masa kecil dulu. Siap ada tikar mengkuang lagi. Mengimbau kenangan betul!

Di sini terdapat 3 jenis penginapan iaitu chalets, homestay Embun Cozy Homes dengan 3, 4 atau 7 bilik serta Rumah Induk. Bergantung kepada jenis penginapan yang anda pilih homestay unik di Rumah Mak Embun boleh memuatkan dari 6 ke 20 orang.

Jenis Penginapan di Rumah Mak Embun

Embun Cozy Homes ( Homestay 3/4/7 bilik)

Harga homestay 3 bilik :

Isnin-Jumaat : RM 580/malam
Sabtu & Ahad : RM 750/malam
Cuti Umum : RM 880/malam

Harga homestay 4 bilik :

Isnin-Jumaat : RM 680/malam
Sabtu & Ahad : RM 880/malam
Cuti Umum : RM 980/malam

Harga homestay 7 bilik :

Isnin-Jumaat : RM 980/malam
Sabtu & Ahad : RM 1280/malam
Cuti Umum : RM 1380/malam

Chalets (kapasiti 6 orang)

Harga :

Isnin-Jumaat : RM 350/malam
Sabtu & Ahad : RM 380/malam
Cuti Umum : RM 420 /malam

Rumah Induk (kapasiti 20 orang)

Harga :

Isnin-Jumaat : RM 1,500/malam
Sabtu & Ahad : RM 1,800/malam
Cuti Umum : RM 2,000/malam

Lokasi: Lorong Haji Khamis, 75460 Telok Mas, Melaka

Facebook: Rumah Mak Embun

6. DUYONG DREAM

Sesekali nak merasa kelainan menginap di banglo mewah, bolehlah cuba stay di Duyong Dream. Di sini terdapat 11 buah banglo dengan tema interior yang berlainan iaitu:

  • British Cottage House
  • New York Industrial Vintage
  • Moroccan Mediterranean House
  • Swedish Scandi Malmo House
  • Australian Beach House
  • French Chateau House
  • Brazillian Tropical House
  • Munich Modern House
  • Vancouver Traditional House
  • Bahamas Island House

  

Semua rumah ini terletak berhampiran antara satu sama lain (walking distance). Setiapnya mempunyai 5 bilik, 4 bilik air (2 tingkat). Dan di kawasan club house terdapat kolam renang, gymnasium, sauna, surau, BBQ dan ruang permainan kanak-kanak.

Memang nampak luas dan selesa sangat.

Harga: Bermula RM690/malam

Lokasi: No.7, Jalan Desa Duyong 12A, Taman Desa Duyong, 75460 Melaka

Facebook: Duyong Dream

7. PONDOK PONDOK

Bagi yang suka pada keindahan alam semulajadi, Pondok Pondok adalah penginapan yang sesuai untuk anda.

Mungkin ada yang dah kenal dengan penginapan ini sebab ia pernah muncul di TV dalam rancangan Jalan Jalan Makan Angin.

    

Terletak di Ayer Molek, Melaka, penginapan di Pondok Pondok ini terdiri daripada 5 buah rumah kecil dengan loteng.

Memang menarik persekitarannya sebab terasa dekat sangat dengan nature. Dikelilingi pokok-pokok, macam main tree house tu!

Harga: Bermula RM 200/malam (4 dewasa), RM 270/malam (6 dewasa)

Lokasi: Jalan Jenuang, 75460, Ayer Molek, Melaka

Facebook: Pondok Pondok

8. VILLA D’ACQUA MASJID TANAH

Siapa sangka, penginapan yang cantik dan cukup gah ini terletak dalam kawasan kampung yang dikelilingi kebun kelapa sawit!

Bagi yang ada keluarga besar, sesuai sangat buat gathering dekat sini sebab ada macam-macam kemudahan dan aktiviti yang serba lengkap.

 

Nampak luas betul!

  

Ada padang futsal, ada archery kalau nak buat games untuk keluarga besar. Ada ATV untuk teroka kebun. Ada juga kafe macam warung untuk lepak makan waktu malam kalau lapar. Kolam renang pun luas!

Terdapat pelbagai jenis bilik yang boleh ditempah mengikut bajet dan kesesuaian. Selain bilik biasa dan VIP, ada juga bilik dorm contohnya kalau famili ramai dan nak lebih intimate dengan keluarga besar. Di bilik dorm ni boleh memuatkan lebih kurang 20 katil.

Kalau nak buat event pun, mereka boleh sediakan macam-macam fasiliti seperti dewan, tempat latihan dan surau yang cukup dengan segala kelengkapan.

Harga: Tidak dinyatakan

Lokasi: 140, Jalan Lubuk Redan, Kampung Pulau Masjid Tanah

Facebook: Villa D’Acqua Homestay Masjid Tanah

9. PADDY PURI SAOMA

HomestayPaddy Puri Saoma pula menawarkan anda suasana yang jauh dari kesibukan kota dengan pemandangan sawah padi serba hijau. Paddy Puri Saoma merupakan homestay villa 6 bilik yang cukup luas dan boleh memuatkan sehingga 25 orang ! Villa ini juga mempunyai kemudahan yang wajib ada untuk percutian santai bersama keluarga dan rakan seperti swimming pool luas, peralatan BBQ dan set karaoke. Playground mini pun ada untuk anak-anak anda main di villa !

Harga : RM 1600/malam

Lokasi : KM 19 Kg Serkam Anak Air 77300 Merlimau, Melaka

Facebook : Paddy Puri Saoma 

homestay melaka

homestay melaka

homestay melaka

homestay melaka

homestay melaka

10. INAP DESA WARISAN DUYONG

Satu lagi homestay dengan suasana kampung yang menyegarkan dan menggamit nostalgia. Harga pun sangat ok dan berpatutan.

 

Walaupun kos bajet, semua kemudahan cukup dan lengkap.

Di sini terdapat 6 buah rumah 2 bilik.

Kapasiti bagi keseluruhan ruang adalah maksimum 50 orang dalam satu-satu masa. Kolam renang pun ada satu untuk dewasa dan satu lagi sesuai untuk kanak-kanak. Teratak yang dinamakan dengan nama pahlawan Melaka seperti Teratak Hang Tuah, Teratak Hang Jebat,  boleh memuatkan sehingga 6 orang. Teratak yang lebih besar iaitu Teratak Paduka Tuan pula boleh memuatkan sehingga 10 orang.

Dengar kata dalam kawasan ni pun terdapat sebuah Galeri Warisan. Harga pulak sangat berbaloi dan berdekatan dengan restoran ikan bakar Muara Sungai Duyong dan Ikan Bakar Umbai yang cukup popular menyajikan makanan laut segar.

Harga: Bermula RM200/malam

Lokasi: Km 5.6 Kampung Duyong Melaka

Facebook: Homestay Inap Desa Warisan Duyong

11. SAMAYA LUXURY VILLA

Sekali pandang, rasa relaks je. Macam masuk di spa gitu!

Apa yang uniknya di sini adalah konsep tropikal ala Bali yang mendamaikan. Lengkap dengan kolam ikan, gazebo, balkoni serta kolam renang, villa ini sesuai bagi mereka yang mahukan privasi.

Terletak di Klebang, villa yang baru dibuka sekitar awal tahun 2019 ini mempunyai 4 buah bilik yang luas dan mewah dengan dekorasi moden bercirikan alam semulajadi.

Harga:

Isnin-Jumaat : RM 1,299/malam
Sabtu, Ahad, & Cuti Sekolah & Cuti Umum : Bermula RM 1,499/malam

Lokasi: 7602, Taman Mawar, Klebang Besar, 75200 Melaka

Facebook: Samaya Luxury Villa

 

Dalam bilik air pun cantik. Siap ada bath tub lagi.

 

Memang santai je rasa, bayangkan kalau tidur dekat gazebo tu.

 

12. RIMBA HANG KASTURI

Bagi famili yang prefer untuk stay di area bandar, homestay ini menarik untuk anda cuba sebab ianya cukup unik dan lain daripada lain. Terletak di kawasan Jonker Street, homestay ini menawarkan penginapan yang boleh memuatkan antara 3 hingga 14 orang dewasa dalam satu-satu masa.

 

Rekabentuknya yang moden dengan courtyard di tengah memberi peluang anda merasa pengalaman menginap di kota bersejarah yang penuh dengan ciri warisan. Kalau tengok dari luar lot rumah kedai tradisional di area situ, memang tak sangka di dalamnya luas begini.

Kebanyakan strukturnya yang menggunakan kayu, konkrit dan batu-bata ala industrial juga adalah ciri istimewa yang menjadikannya insta-friendly!

Terdapat juga sebuah kolam kecil untuk anda bersantai dengan keluarga di sini.

Harga :

Shared Room in Villa (Kapasiti 3 orang ) : Bermula RM 294/malam

Premium Suite Room (Kapasiti 8 orang) : Bermula RM 750/malam

Rimba Hang Kasturi Villa (Kapasiti 14 orang) : Bermula RM 1,278/malam

Lokasi : 70, Jalan Hang Kasturi 75200 Melaka

Facebook : Rimba Hang Kasturi, Melaka Heritage Villa Residence

BANYAK LAGI HOMESTAY MENARIK DI MELAKA

Sebenarnya banyak lagi homestay menarik di Melaka yang patut anda terokai.

Kami senaraikan beberapa lagi yang sebahagiannya dah agak popular dan terkenal, antaranya:

Asyik menginap di hotel, sesekali ubah angin best juga kan. Lagipun biasanya homestay boleh memuatkan lebih ramai orang dan sesuai untuk beraktiviti dalam kumpulan besar. Lebih privasi dan taklah mengganggu orang lain.-SL

Selamat bercuti!

20 Homestay Menarik Di Melaka Ada Kolam Renang. Sesuai Buat Reunion & Family Day!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Isteri pukul suami ketika ditemu bual wartawan


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *