Kes lelaki maut dicekik, 2 beranak ditahan reman
Kes lelaki maut dicekik, 2 beranak ditahan reman
Dua beranak antara tiga individu direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di pasar pagi Flat Jalan Ashby di Ipoh, Perak yang dipercayai berpunca daripada kecurian alat pembesar suara.
Sinar Harian melaporkan, perintah reman dikeluarkan majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas tiga lelaki itu mulai hari ini hingga Khamis depan.
Suspek berusia 60 tahun bersama anak lelakinya berusia 34 tahun serta seorang lagi lelaki berusia 47 tahun yang ditahan semalam disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, tiga lelaki itu tiba di Kompleks Mahkamah Ipoh dengan menaiki van pada 10.47 pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi semalam, empat lelaki dilaporkan bertengkar mengenai kecurian alat pembesar suara milik seorang daripada suspek.
Menurut laporan, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, maut dicekik dalam pergelutan itu dan polis merampas sebilah pisau lipat di tempat kejadian. FMT
Kes lelaki maut dicekik, 2 beranak ditahan reman
Baca Artikel Menarik :
- Roti Gardenia naik 10 hingga 45 sen
- 5 ditahan gaduh tepi jalan guna payung, gergaji
- Guru kecewa, murid jawab ‘lek lah cikgu’
- Fesyen Che Ta macam fesyen masuk tanah – Netizen
- Katak : Chong jangan lupa ayahnya pun pernah lompat – Wong
- DAP mahu status Bumiputera? Bersedia gugur sekolah vernakular?
- Jagung kukus Tok Wan buat ramai terliur
- Pemain JDT dilatih bersikap sombong – Sanusi
- Polis tumpas sindiket penipuan pakej ubah suai rumah
- Gadis cantik penjual kambing bergelar pelajar universiti
- Tiada kerjasama UMNO-BERSATU – Rauf
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.