Asbab ikhlas jaga abang OKU, Hakimi perolehi ‘Anugerah Dekan’ setiap semester
PASIR MAS: “Saya jaga abang dengan penuh ikhlas, mungkin itu juga jadi asbab saya peroleh keputusan cemerlang (Dekan) untuk setiap semester,” kata Muhammad Hakimi Abdullah, 19.
Pelajar semester tiga, Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Kota Bharu, mengakui terpaksa berkorban dengan belajar melalui dalam talian sambil menjaga abangnya, Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 21, yang juga orang kurang upaya (OKU) sejak lahir.
Muhammad Hakimi bertanggungjawab membantu bapa, Abdullah Zakaria, 61, dan ibunya, Nur Hela Che Daud, 55, untuk mengangkat abangnya itu setiap kali mandi atau membuang air besar atau kecil.
“Alhamdulillah, walaupun tidak dapat memberi sepenuh perhatian sewaktu belajar, saya masih mendapat keputusan cemerlang. Malah, saya sentiasa berfikiran positif, selain tidak menganggap menguruskan abang adalah satu bebanan.
“Ibu memahami tanggungjawab saya sebagai pelajar dan banyak berkorban masa, selain tidak turun ke kebun untuk menoreh jika saya ada kelas atau ujian penting bagi menjaga abang yang perlu dikawal setiap masa.
“Memandangkan ibu bapa saya sudah berumur, saya tidak benarkan mereka mengangkat abang sebaliknya saya lakukan sendiri walaupun ada masanya saya sendiri mengalami sakit belakang dan lenguh badan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Pelanduk, di sini.
Muhammad Hakimi sekeluarga turut dikunjungi wakil Thirdforce di bawah Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar, yang menyampaikan sumbangan kewangan buat keluarga berkenaan.
YRS juga dalam perancangan mencari dana membina tandas di dalam rumah memandangkan kediaman milik keluarga itu tidak sempurna dan berada di luar, sekali gus menyukarkan mereka menguruskan Muhammad Khairul Anuar.
Muhamad Hakimi yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik, mengakui kehidupan mereka sekeluarga juga tidak semewah orang lain, sebaliknya hanya ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ susulan ibu bapanya yang hanya mengambil upah menoreh getah.
“Adik beradik saya yang lain sudah berumah tangga dan membantu sekadar yang mampu kerana mereka juga ada kehidupan sendiri. Justeru saya berazam untuk terus mengekalkan kecemerlangan sekali gus menjadi insan berjaya yang dapat membantu keluarga.
“Saya tidak malu untuk mengaku mempunyai abang OKU, kerana dia adalah ‘ahli syurga’ dalam kalangan kami sekeluarga. Tidak sesekali saya menganggap dia beban, sebaliknya sebagai ‘gedung pahala’ di atas dunia ini jika menjaganya dengan baik.
“Selepas ini, mungkin saya perlu kembali ke kolej untuk meneruskan pengajian jadi memang terdetik rasa risau memikirkan ibu dan bapa terpaksa menjaga abang sendiri,” katanya.
Katanya, dia mempunyai seorang lagi adik perempuan, Nur Balqis Abdullah, 15, yang diharap dapat membantu kedua-dua orang tuanya jika dia pergi belajar..
Katanya, abang istimewanya itu menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan, yang digunakan keluarga untuk membeli lampin pakai buang dan keperluan lain.
Asbab ikhlas jaga abang OKU, Hakimi perolehi ‘Anugerah Dekan’ setiap semester
Baca Artikel Menarik:
- Roti Gardenia naik 10 hingga 45 sen
- 5 ditahan gaduh tepi jalan guna payung, gergaji
- Guru kecewa, murid jawab ‘lek lah cikgu’
- Fesyen Che Ta macam fesyen masuk tanah – Netizen
- Katak : Chong jangan lupa ayahnya pun pernah lompat – Wong
- DAP mahu status Bumiputera? Bersedia gugur sekolah vernakular?
- Jagung kukus Tok Wan buat ramai terliur
- Pemain JDT dilatih bersikap sombong – Sanusi
- Polis tumpas sindiket penipuan pakej ubah suai rumah
- Gadis cantik penjual kambing bergelar pelajar universiti
- Tiada kerjasama UMNO-BERSATU – Rauf
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.