NASA lancar kapal angkasa musnahkan asteroid

NASA lancar kapal angkasa musnahkan asteroid

WASHINGTON: Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) sedang menyediakan misi untuk menghentam asteroid menggunakan kapal angkasa.

Misi itu adalah satu ujian sekiranya manusia perlu menghentikan ancaman batu angkasa gergasi daripada menghapuskan kehidupan di bumi.

Ia mungkin kedengaran seperti bahan fiksyen sains, tetapi DART (Ujian Pengalihan Asteroid Berganda) ialah eksperimen bukti konsep sebenar, berlepas dari tapak pelancaran pada 10:21 malam Waktu Pasifik Selasa (0621 GMT Rabu) di atas roket SpaceX dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California.

“Semua sistem dan cuaca kelihatan baik untuk pelancaran Falcon 9 malam ini,” ciap syarikat Elon Musk di Twitter.

Sasarannya adalah untuk mengubah sedikit trajektori asteroid anak bulan Dimorphoss sekitar 525 kaki (160 meter atau sepanjang dua Patung Liberty).

Ia mengelilingi asteroid yang lebih besar dipanggil Didymos (diameter 762 meter) dan kedua-duanya mengorbit matahari secara bersama.

Impak hentaman akan berlaku pada musim luruh 2022 apabila sistem asteroid binari berada pada jarak 11 juta kilometer (km) dari bumi, titik terdekat yang pernah direkodkan.

“Apa yang kami cuba pelajari ialah bagaimana untuk menangkis ancaman,” kata saintis terkemuka NASA, Thomas Zuburchen mengenai projek AS$330 juta (RM1.4 bilion) itu.

Bagaimanapun, setakat ini bumi tidak menerima ancaman daripada asteroid berkenaan tetapi ia tergolong dalam kelas Objek Dekat Bumi (NEO) atau asteroid dan komet yang menghampiri dalam jarak 48 juta km.

Pejabat Pelarasan Pertahanan Planet NASA bagaimanapun berminat dengan objek yang lebih besar daripada 140 meter yang berpotensi untuk meratakan seluruh bandar atau wilayah dengan kekuatan berkali ganda daripada purata bom nuklear.

Kini terdapat 10,000 asteroid yang dekat dengan bumi yang diketahui bersaiz 140 meter atau lebih besar namun tiada satu pun berisiko untuk menghentam bumi dalam tempoh 100 tahun akan datang ini.

Saintis juga berpendapat masih ada 15,000 lagi objek sedemikian yang menunggu untuk dikenal pasti. BH

NASA lancar kapal angkasa musnahkan asteroid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)

Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker