Resepi asam pedas telur tenggiri

Resepi asam pedas telur tenggiri

Memasak asam pedas yang sedap memang kena sabar. Sabar untuk menunggu bahan yang ditumis masak garing berkali kali. Barulah sedap. Bukan sahaja sedap tapi betul betul sedap. Wallaa gitu.

Siapa yang tak suka makan telur ikan? Pastinya ramai yang suka.



Asam pedas telur tenggiri ini memang cukup menyelerakan. Cara membuatnya mudah dan tidak renyah. Jom cuba!

BAHAN:

200gm telur ikan tenggiri
3 sudu besar bahan kisar – bawang putih, halia dan bawang merah dikisar bersama
2 tangkai serai – diketuk
2cm halia – dihiris halus
1 sudu besar udang kering – dikisar
2 batang bunga kantan
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar daun kunyit – dihiris halus
200ml air
50ml air asam jawa
Segenggam daun kesum
10 batang kacang bendi – dipotong
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

CARA:



1.Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2.Masukkan serai, halia dan udang kering.
3.Selepas itu masukkan serbuk kunyit dan bunga kantan.
4.Masukkan cili kisar dan daun kunyit. Masak sehingga pecah minyak.
5.Kemudian masukkan air, air asam jawa dan daun kesum.
6.Selepas itu masukkan telur ikan, garam dan gula secukup rasa.
7.Akhir sekali masukkan bendi dan biarkan mereneh sehingga bendi lembut dan telur ikan masak. Angkat dan sedia dihidang.

Resepi: Cef bankuet & katering Hotel Royal Kuala Lumpur, Muhamad Rasek Ariffin

Resepi asam pedas telur tenggiri


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini



Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker