Mengapa ‘pejuang menentang kleptokrat’ senyap mengenai penglibatan Zeti dan suami dalam 1MDB

Mengapa ‘pejuang menentang kleptokrat’ senyap mengenai penglibatan Zeti dan suami dalam 1MDB

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan sikap berdiam diri “pejuang menentang kleptokrat” berhubung dana berkaitan 1MDB yang dipegang oleh sebuah syarikat milik suami bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Zeti Akhtar Aziz.

Shabery berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar sudah menjawab soalan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim di Parlimen semalam bahawa kerajaan hanya mendapat tahu pada 2019 bahawa wang yang dikaitkan dengan 1MDB disimpan dalam akaun milik suami Zeti, Tawfiq Ayman.

“Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN) sudah tentu mengetahuinya,” kata bekas menteri itu di Facebook hari ini.

“Banyak isu terkeluar memerlukan penjelasan yang lebih jelas. Apakah banyak maklumat sengaja disembunyikan?”

Beliau mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Subang Wong Chen kerana bersuara mengenai perkara ini.

“Harap PM keempat, ketujuh dan kelapan, serta YB (Ahli Parlimen) Gelang Patah, Bagan dan Port Dickson, jangan lambat sangat (bersuara).

“Bersih boleh siap-siap ke jalan raya bila keadaan mengizinkan,” katanya.

Pada Jumaat, SPRM berkata, ia berjaya mendapatkan semula aset dan dana yang dikaitkan dengan 1MDB berjumlah RM20.5 bilion setakat ini.

Jumlah itu termasuk pemulangan aset berjumlah USD15.4 juta (RM64.4 juta) membabitkan akaun Cutting Edge Industries Ltd, iaitu syarikat milik Tawfiq dan Samuel Goh.

Zeti menjadi saksi dalam perbicaraan rasuah bekas Perdana Menteri, Najib Razak, berhubung tuduhan berkaitan 1MDB.

Tawfiq sebelum ini disoal siasat polis berhubung dana 1MDB. Tiada maklumat terkini mengenai siasatan terbabit.

Wong kemudiannya menggesa siasatan terhadap bekas gabenor BNM itu berikutan pendedahan oleh SPRM.

Bank pusat itu, katanya, gagal menjalankan tugas fidusiarinya untuk memaklumkan dan melaporkan pergerakan haram berbilion ringgit wang 1MDB. FMT

Mengapa ‘pejuang menentang kleptokrat’ senyap mengenai penglibatan Zeti dan suami dalam 1MDB


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)

Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker