Jho Low pernah tawar Joanna Yu kerja
Jho Low pernah tawar Joanna Yu kerja
Bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu Ging Ping memberitahu mahkamah bahawa beliau pernah ditawarkan kerja oleh Low Taek Jho atau Jho Low.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Joanna beliau menolak tawaran kerja itu kerana tidak gemar dengan cara ahli perniagaan dalam buruan itu bekerja.
“Saya secara sopan telah beberapa kali menolak tawaran Jho Low kerana tidak gemar cara kerja beliau,” kata saksi pada perbicaraan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Dalam pada itu, Joanna menafikan menerima rasuah dalam bentuk telefon bimbit iPhone daripada Jho Low dan terkejut apabila Jho Low menafikan pernah bercakap dengannya dalam urusan akaun bank Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Perdana Menteri itu berhadapan dengan 25 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah dan terlibat dalam pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.
Pada prosiding sebelum ini Joanna yang merupakan saksi ke-41 mendakwa semua transaksi dilakukan selepas mendapat arahan daripada Jho Low.
Jho Low pernah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada 27 November 2015 bahawa beliau tidak pernah bercakap dengan Joanna.
Ahli perniagaan itu juga menafikan pernah memberikan arahan kepada sesiapa termasuk Joanna mengenai transaksi-transaksi kewangan kerana dia bukan penandatangan yang dilantik.
Prosiding bersambung esok. MG
Jho Low pernah tawar Joanna Yu kerja
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin lancar kabinet bayangan, Hadi cuma timbalannya
- Axia baharu lebih mahal tapi ini yang menanti anda
- Apa beza pinjaman beli Vellfire dan rumah?
- Ada Khairy dalam PH pun tak menambah
- ‘Sedekah’ PRU, SPRM kenal pasti 90 individu
- Pembekuan akaun Bersatu oleh SPRM, ‘bersih dan stabil’ hanya ‘sembang’
- Jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Shahrizat kembali ke gelanggang politik
- Set Menu Rahmah MYDIN Setiap Hari Hanya RM4.90
- 10 Fakta Ikan Merah
- Saya ‘diserang’ selepas tawar diri bertanding – Armand Azha
- Vin Diesel ditemui beli ikan baung
- Akaun Bersatu dibeku kerana ‘derma’ RM300 juta
- Kenapa kau lari Sophia, tanya Bella
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali
Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah
You must be logged in to post a comment.