Duterte arah tangkap mereka yang tidak pakai pelitup muka dengan betul

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang tidak memakai pelitup muka dengan betul.

Memetik laporan Rappler, Duterte berkata, ia termasuk mereka yang memakai pelitup muka di bawah hidung.

“Arahan saya kepada polis ialah, mereka yang tidak memakai pelitup dengan betul, demi untuk melindungi orang awam… tangkap mereka,” katanya selepas menghadiri mesyuarat para pegawai pasukan petugas khas pandemik.

Katanya, mereka yang ditangkap akan disoal siasat dan boleh ditahan sehingga sembilan jam.

Tegas Duterte, hanya dengan tindakan sedemikian orang ramai akan patuh dengan pemakaian pelitup muka yang betul.

“Jika saya tidak buat begitu, jika saya tidak tegas, apa pun tak akan berlaku,” katanya lagi.

Tahun lalu, Duterte pernah memberi amaran keras kepada rakyatnya bahawa mereka akan ditembak mati sekiranya mengingkari perintah berkurung susulan penularan wabak COVID-19.

Berucap secara langsung di televisyen, beliau berkata, tiada sebarang tolak ansur akan diberikan buat pihak yang melakukan serangan terhadap petugas perubatan yang dianggap sebagai satu jenayah serius ketika ini.

Tikam penipu yang guna nama saya untuk tujuan rasuah – Duterte

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker