Gadis bertumbuk berebut teman lelaki
Gara-gara berebut teman lelaki, dua remaja perempuan di Pulau Bali sanggup bergaduh dan bertumbuk sehingga mereka akhirnya disoal siasat polis, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi satu klip video yang tular di media sosial, dua remaja perempuan itu dilihat saling berbalas tumbukan tanpa diketahui punca pergaduhan pada awalnya.
Susulan video yang tular itu, polis wilayah Buleleng menjejaki kedua-dua gadis terbabit termasuk individu yang merakam aksi mereka dan memuat naiknya di media sosial.
Ketua Polis Buleleng, Andrian Pramudianto mengesahkan pihaknya telah mengesan dan menyoal siasat semua individu yang terlibat dalam klip video itu.
“Kami telah menyoal siasat kesemua mereka, namun tidak ada laporan polis yang dibuat.
“Kesemua yang terlibat juga telah berdamai dan mereka diberi amaran agar tidak mengulangi perbuatan itu,” jelasnya.
Tambah Andrian, berdasarkan keterangan, kedua-dua gadis itu mengakui mula bergaduh disebabkan oleh teks pesanan ringkas yang dihantar menerusi telefon bimbit. Mereka dilaporkan bertengkar kerana berebutkan teman lelaki.
“Kami hanya boleh menyatakan bahawa mereka ada memberitahu mengenai masalah berebut teman lelaki, namun kami tidak dapat mengesahkannya.
“Kedua-dua gadis itu juga merupakan remaja bawah umur. Justeru, ibu bapa mereka telah dipanggil dan diingatkan agar kejadian sama tidak berulang,” kata Andrian lagi. – Agensi
Gadis bertumbuk berebut teman lelaki
Baca Artikel Menarik:
- Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 2 mulai Khamis ini – Ismail
- Guru diasingkan di setor tukang cuci (video)
- Duit GKP 4.0 Fasa 2 masuk, peniaga bersyukur
- Influencer dibunuh peminat nombor satunya
- Banyak alasan di Melaka, PN dan PH sila buktikan di PRN Sarawak
- KWSP i-sayang: Pindah ke akaun isteri
- PRN Sarawak: PKR semakin goyah
- Tok Mat maklumkan lantik wakil Bersatu sebagai EXCO tiada keperluan
- Polis hanya tahu dana 1MDB dipegang suami Zeti pada 2019
- Pemandu mabuk ajak polis bergaduh undang padah
- Isteri curang, pilih Bangla(Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.