Polis Israel tembak mati guru Palestin

Polis Israel tembak mati guru Palestin

BAITULMAQDIS: Polis Israel menembak mati seorang guru Palestin dekat pintu masuk ke pekarangan kompleks Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis Timur pada Ahad.

Menurut agensi berita Pihak Berkuasa Palestin, Wafa, lelaki yang mati ditembak itu ialah Fadi Abu Shukhaidan, 42, dari kem pelarian Shuafat.

Dia ditembak mati selepas dikatakan menyebabkan seorang penduduk Israel terbunuh dan mencederakan empat yang lain dekat pintu masuk ke pekarangan masjid tersebut.

Mangsa yang terlibat dalam kejadian itu ialah dua orang awam dan dua anggota polis rejim Zionis.

Salah seorang daripada mereka yang berusia 30 tahun meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.

Sekolah menengah iaitu tempat lelaki Palestin itu bertugas kemudian diserbu oleh pihak berkuasa Israel.

Beberapa anggota keluarga dan anak perempuannya di rumahnya turut ditahan pihak berkuasa rejim Zionis serta digeledah selepas kejadian itu.

Anggota-anggota pasukan khas Israel turut menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan golongan muda yang berada di rumah tersebut. Sinar

Polis Israel tembak mati guru Palestin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker