Kesihatan awam dapat ditingkat dengan kerjasama ASEAN dan China – Ismail
Kesihatan awam dapat ditingkat dengan kerjasama ASEAN dan China – Ismail
Malaysia menggesa ASEAN dan China untuk meningkatkan kerjasama dalam keupayaan kesihatan awam serta farmaseutikal melalui perkongsian teknologi, pengetahuan dan harta intelek.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerjasama dalam bidang itu akan membantu menaik taraf sistem kesihatan awam ASEAN, bagi memastikan negara anggota bersedia untuk menghadapi kecemasan kesihatan pada masa depan dengan lebih berkesan.
Memandangkan nasionalisme dan persaingan geo-politik membentuk respons terhadap pandemik COVID-19, termasuk pengedaran vaksin, beliau berkata keselamatan kesihatan global baharu yang disokong komitmen bersama, tanggungjawab kolektif, ketelusan dan akauntabiliti perlu dibangunkan.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China sempena memperingati ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China menerusi sidang video di sini. Sidang Kemuncak Khas itu dipengerusikan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah selaku pengerusi ASEAN tahun ini.
Perdana Menteri turut menekankan bahawa pemulihan sosioekonomi daripada pandemik COVID-19 adalah keutamaan apabila negara menuju ke peringkat pasca pandemik.
Beliau berkata, ASEAN dan China harus mengukuhkan kerjasama ekonomi digital, transformasi dan infrastruktur serta kesalinghubungan untuk memastikan rantaian bekalan terus berkembang dan tanpa halangan.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada ASEAN dan China atas pelbagai aktiviti yang dilaksana tahun ini untuk meraikan 30 tahun hubungan dialog.
“Saya yakin hubungan dialog ASEAN-China akan terus berkembang dan semakin kukuh. Malaysia berpandangan bahawa dengan rangkaian yang kukuh melalui platform bersama ASEAN-China, kumpulan pemikir kami boleh memainkan peranan sangat penting untuk menyumbang ke arah perkongsian ASEAN-China yang lebih kukuh dan berdaya tahan,” katanya. BH
Kesihatan awam dapat ditingkat dengan kerjasama ASEAN dan China – Ismail
Baca Artikel Menarik :
- Pas Keluarga Malaysia Prasarana galak guna pengangkutan awam – Ismail
- Keena minta Baby Shima hentikan publisiti murahan
- Adun DAP mahu Anwar berundur sebagai ketua pembangkang
- BN, UMNO bawa aura ‘feel good’ ke Melaka
- Ingatkan Uqasha, rupanya Emma Maembong
- Rauf nafi ada pihak tak setuju Sulaiman dilantik ketua menteri
- Shahrulezad Bidas Annuar Musa, Selamat Datang Ke Dunia Jahanam
- PH kalah kerana pengkhianatan Muhyiddin – Mat Sabu
- Mursyidul Am PAS akui akar umbi pilih Muafakat Nasional
- Dana 1MDB dipegang syarikat suami Zeti mesti disiasat
- Wanita bawa duit dalam beg plastik beli Ninja 250
Layari Laman Facebook MYKMU
PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin
You must be logged in to post a comment.