Faktor BN Melaka menang besar

SHAH ALAM – Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dipengaruhi tiga faktor utama iaitu calon, jentera parti dan pengundi luar.

Penganalisis Politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, calon yang disesuaikan dengan demografi dan geografi berjaya menambat hati pengundi.

Katanya, faktor calon muka baharu yang tidak terpalit dengan sebarang kontroversi juga mendorong pengundi memilih calon daripada parti berkenaan.



“Jentera pilihan raya BN juga bergerak secara bersepadu kerana jika kita perhatikan, BN secara habis-habisan tidak mahu membentuk kerajaan campuran tetapi mahu membentuk kerajaan secara solo.

“Pada masa sama, faktor ramai pengundi luar yang tidak balik mengundi juga membantu BN menang selesa walaupun berdepan pertembungan tiga penjuru di banyak kerusi,” katanya kepada Sinar Harian.PRN Melaka yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan BN meraih kemenangan selesa apabila memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia sekali gus membolehkan BN membentuk kerajaan Melaka yang baharu dengan majoriti dua pertiga.

Mengulas lanjut, Sivamurugan bagaimanapun berkata, kemenangan itu tidak boleh dijadikan gambaran bahawa kemenangan sama akan memihak kepada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



“Kita tidak boleh generalisasikan keputusan PRN ini dalam PRU15 kerana situasinya tidak sama kerana kita tidak tahu bila PRU15 akan berlaku dan apa isu-isu yang mungkin akan timbul.

“Mungkin strategi sama akan terus diguna pakai BN dan kemenangan ini juga memberi motivasi kepada parti itu tetapi kita tidak boleh andaikan BN akan memperoleh kemenangan sama,” ujarnya.Justeru, beliau berkata, peluang parti-parti lain seperti Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional untuk menang dalam PRU15 juga masih terbuka luas.

Faktor BN Melaka menang besar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker