Hakim baharu akan dengar kes saman 1MDB

KUALA LUMPUR – Kes saman difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap tujuh pihak termasuk dua syarikat perbankan di luar negara akan didengar oleh hakim yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang peguam dari Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership ketika dihubungi pemberita pada Isnin selepas pengurusan kes itu secara dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Mahkamah Tinggi Quay Chew Soon.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan Hakim Besar Malaya, JC Quay yang mendengar kes ini akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.



“Pengurusan kes selanjutnya adalah pada 8 Februari 2022,” kata peguam itu.

Pada 7 Mei lalu, 1MDB selaku plaintif memfailkan saman bernilai AS$1.83 bilion terhadap ketujuh-tujuh defendan, antaranya atas dakwaan melanggar kontrak, cuai dan melakukan konspirasi jenayah bagi penyelewengan dana 1MDB.

Dalam saman itu, 1MDB menamakan Deutsche Bank (Malaysia) Bhd; syarikat perbankan Coutts & Co Ltd dan J.P. Morgan (Switzerland) Ltd; dua syarikat yang diperbadankan di Arab Saudi iaitu Petrosaudi International Limited dan Petrosaudi Holdings (Cayman) Limited, serta dua individu masing-masing warga Arab Saudi, Tarik Isam Ahmed Obaid (Tarik Obaid) dan warga Britain Patrick Andrew Marc Mahony (Patrick Mahony).

Plaintif mendakwa kesemua defendan antara lain berkonspirasi untuk menipu, membantu secara tidak jujur dan menyebabkan kerugian dan kerosakan terhadap 1MDB, serta menjejaskan reputasi dan nama baik syarikat berkenaan. – Bernama



Hakim baharu akan dengar kes saman 1MDB


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker