Selepas BN menang 2/3, Saya tidur lena – Najib

PETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, beliau tidur lena malam tadi selepas kemenangan besar parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini, pihaknya merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pengundi Melaka dan jentera BN yang memberikan sokongan padu.

“Saya ingin ucapkan penghargaan, pertama, kepada semua pengundi Melaka yang berikan sokongan padu kepada BN dan terima kasih kepada jentera kita.



“Bagi saya kemenangan besar ini bererti rakyat memberi kepercayaan dan keyakinan kepada BN. Saya yakin dan percaya di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dan Kerajaan Negeri Melaka akan membawa Melaka ke arah keadaan yang aman stabil dan lebih makmur.

“Justeru, saya berharap kepada semua ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang diberi kepercayaan untuk mereka bekerja bersungguh-sungguh memenuhi segala aspirasi dan kehendak rakyat Melaka,” jelasnya.

Terdahulu, BN diumumkan menang dengan majoriti selesa sebanyak 21 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Menurut Najib, pihaknya juga yakin BN sebuah parti yang akan menunaikan janji-janji PRN Melaka seperti aman yang tertera dalam manifesto sebelum ini.



“Kepada kerajaan baharu, buatlah urus tadbir yang baik berkesan dan penuh integriti.

“Insya-Allah kerajaan BN akan membawa masa depan negeri Melaka kepada keadaaan jauh lebih baik dimana negeri ini sudah ketinggalan dari arus pembangunan.

“Mari kita tumpu kepada tugas kita, we have no time to waste. Kita semua tumpu kepada usaha kita tunaikan tanggungjawab dan pastikan rakyat buat pilihan tepat apabila memilih BN,” jelasnya

Selepas BN menang 2/3, Saya tidur lena – Najib




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rosol Wahid kata PN tidak kalah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker