Rosol Wahid kata PN tidak kalah

KUALA TERENGGANU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak tersungkur dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya masih mengekalkan prestasi di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebaliknya, Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Datuk Rosol Wahid berkata, keputusan itu memberi isyarat yang Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai potensi untuk terus meraih sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berdasarkan prinsip integriti, telus dan perkhidmatan berjiwa rakyat.

Beliau sekali gus menyangkal dakwaan yang kemenangan dua pertiga Barisan Nasional (BN) hingga kembali membentuk Kerajaan Negeri Melaka itu sebagai kayu pengukur nasib PN dalam politik negara kerana peratusan keluar mengundi sangat rendah di samping faktor Covid-19.



“Saya nampak PN masih mengekalkan prestasinya iaitu dua kerusi, maknanya kita tidak kalah kerana sebelum ini kita meraih dua kerusi DUN. Kali ini pun sama, malah undi PN turut meningkat.

“Walaupun kita parti yang berusia lima tahun dan bersaing dengan UMNO yang sudah 60 tahun tetapi mampu memberikan saingan misalnya di DUN Tanjung Bidara, yang perbezaan undi kurang daripada 500,” katanya kepada pemberita selepas melawat ladang tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Peradong, di sini hari ini.

PN melalui gabungan bersama Pas dan Gerakan hanya mampu menguasai DUN Sungai Udang dan Bemban daripada 28 kerusi yang ditandingi, berbanding sebelum ini kerusi Teluk Mas dan Paya Rumput.

Bagaimanapun, Rosol yakin keputusan PRN Melaka bukan halangan untuk PN terus berjuang dalam memastikan Malaysia bersih, lebih berintegriti dan dihormati.



“Setakat ini tiada isu Bersatu nak kembali atau tidak kepada UMNO sebagaimana cadangan segelintir pihak kerana parti itu sendiri pun masih tidak konsisten dan mempunyai masalah dengan kepemimpinan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan Pas agar bekerja lebih kuat bagi menjelaskan hala tuju dan pendekatan parti berkenaan kepada rakyat Melaka yang mungkin masih berdepan salah faham

Rosol Wahid kata PN tidak kalah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Pas kembalilah ke pangkal ummah’ kembali perkasakan MN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker