Negeri kekal hutan simpan dapat pampasan – Ismail



BERA: Kerajaan bersetuju memberi pampasan kepada negeri yang mengekalkan hutan simpan sebagai kawasan tadahan air dan melindungi daripada sebarang kegiatan pembalakan haram.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan melalui kementerian berkaitan akan mengkaji formula yang sesuai bagi menetapkan jumlah pampasan tersebut.

“(Formula) jumlah pampasan itu mungkin boleh dibincangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed; Menteri Kewangan, Menteri Alam Sekitar dan Air serta Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Pendigitalan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Kebangsaan di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Hadir sama Mustapa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa dan timbalannya Zahidi Zainul Abidin serta Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.




Terdahulu, Wan Rosdy ketika berucap pada majlis berkenaan berkata pihaknya berharap kerajaan persekutuan dapat mempertimbangkan ganjaran kepada Pahang memandangkan negeri itu merizabkan hutan simpan sebanyak lebih 57%. FMT

Negeri kekal hutan simpan dapat pampasan – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir



Leave a Reply

Your email address will not be published.