Rauf nafi khabar angin tolak Sulaiman

Rauf nafi khabar angin tolak Sulaiman

MASJID TANAH – Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Ab Raf Yusoh menepis khabar angin dirinya dan ketua bahagian parti yang lain menolak Datuk Sulaiman Md Ali selaku Ketua Menteri Melaka.

“Kami tidak ada masalah dan kami telah katakan kerjasama untuk menerima Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.



“Saya tolak khabar angin bahawa kami menentang Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri,” katanya dalam sidang media di kediamannya malam ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka yang baru dilantik, Datuk Sulaiman Md Ali.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata, perkara itu turut disokong semua ketua-ketua bahagian UMNO Melaka.

“Semua kami ketua bahagian UMNO Melaka akan berikan sokongan penuh kepada Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali dan memastikan bahawa kepercayaan yang diberikan oleh akar umbi,” katanya lagi. MG



Rauf nafi khabar angin tolak Sulaiman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700



Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker