PRN Melaka: Seteru politik, Idris dan Mohamad Ali hampir bertembung

MELAKA: Dua seteru politik, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Asahan, Datuk Seri Idris Haron sama-sama mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lih Jen, Jalan Pokok Mangga, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka hampir bertembung sewaktu keluar mengundi apabila Mohamad Ali tiba lebih awal iaitu pada pukul 8.30 pagi manakala Idris ditemani isterinya, Datin Seri Fadilah Abdullah menaiki motosikal Yamaha 135LC tiba 28 minit selepas itu.

Isteri Mohamad Ali, Datin Seri Ros Faouziah Salleh serta lima orang anaknya mengundi di Sekolah Agama Klebang.



Sejurus selepas mengundi, Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu itu meninjau lima pusat pembuangan undi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Hulu, Rumah Anak Yatim Al-Ahmadi Paya Rumput Jaya (Payasum), SK Sungai Udang, SJKC Sungai Udang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Udang.

Buat pengundi Melaka, pilih BN untuk ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’

Mohamad Ali berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan pengundian mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).



“Cuma pengundi yang keluar pada awal pagi ini nampak kurang memberangsangkan mungkin disebabkan hujan sebelum ini.

“Saya menjangkakan lebih ramai pengundi keluar menjelang tengah hari ini dan jentera parti dikerah untuk memastikan penduduk untuk keluar mengundi,” katanya ketika ditemui pemberita.

DUN Sungai Udang menyaksikan saingan empat penjuru antara Mohamad Ali dengan calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Mohd. Aleef Yusof; calon Pakatan Harapan (PH), Hasmorni Tamby dan calon Bebas, Mohd. Zahar Hashim


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: Pilihan hari ini adalah bayangan PRU15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker