Keselamatan jet F-35B tentera Britain dipersoalkan
BRITAIN memang dikenali sebagai pengeluar peralatan senjata termasuk jet-jet pejuang dan helikopter tentera sejak puluhan tahun lalu dan pernah terlibat dalam Peperangan Dunia Pertama dan Kedua yang melibatkan kos perbelanjaan yang besar.
Justeru, sebagai salah sebuah negara kaya dan berpengaruh di dunia, ia berkemampuan untuk menggunakan jet-jet canggih serta moden dengan dilengkapi teknologi pada masa kini keluaran syarikat-syarikat gergasi pembuatan peralatan peperangan.
Maka tidak hairanlah, tentera Britain itu mengambil langkah-langkah berjaga bagi melindungi rahsia pertahanannya terbongkar daripada diketahui Rusia selepas sebuah jet pejuangnya, F-35B terhempas ke Laut Mediterranean pada Rabu lalu.
Ia terhempas di perairan antarabangsa selepas berlepas dari kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Britain, HMS Queen Elizabeth yang bernilai £3 bilion (RM16.93 bilion).
Bagaimanapun, dalam kejadian itu, seorang juruterbang jet tersebut terselamat daripada maut dan mengalami kecederaan ringan apabila dia sempat keluar dari pesawat berkenaan dengan menggunakan kerusi anjal.
PENCARIAN BANGKAI PESAWAT
Juruterbang itu berjaya diselamatkan dengan menggunakan sebuah helikopter selepas dia terjatuh ke dalam laut tersebut.
Dia kemudian dibawa semula ke kapal pengangkut berkenaan, HMS Queen Elizabeth dalam insiden yang berlaku pada waktu pagi.
Jet canggih yang berharga kira-kira £100 juta (RM564.41 juta) sebuah itu adalah keluaran syarikat Lockheed Martin dari Amerika Syarikat (AS) dan ia mempunyai perjanjian penjualan jet berkenaan kepada RAF.
Dalam perjanjian tersebut, Britain bersetuju untuk membeli sebanyak 138 jet pejuang itu dengan kos sebanyak £9.1 bilion (RM91.36 bilion) dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang.
Bagaimanapun, setakat ini sebanyak 24 buah pesawat tersebut telah digunakan oleh RAF.
Dalam insiden yang berlaku pada pagi Rabu itu, ia adalah jet pertama F-35B yang telibat dalam nahas selepas ia menyertai latihan rutin dari kapal pengangkut pesawat tersebut.
Setakat tengah hari Rabu lalu, lokasi bangkai jet itu terhempas di dalam laut di perairan antarabangsa itu telah ditemui manakala pasukan penyelam keselamatan akan menyelam ke tempat bangkai pesawat tersebut.
Operasi menaikkan bangkai pesawat itu turut melibatkan penggunaan kapal selam mini.
Bangkai jet itu akan dibawa naik ke permukaan laut dengan segera dalam satu operasi rahsia dan Britain sebenarnya bimbang jika Rusia terlebih dahulu menemuimya kerana tempat pesawat tersebut terhempas terletak di perairan antarabangsa.
Ini adalah kerana London bimbang Rusia akan mengetahui tentang selob-belok teknologi yang terdapat pada jet tempur itu kerana ia mempunyai radar rahsia dan alat pengesan selain ia boleh terbang tanpa dapat dikesan di runang udara negara-negara musuh dengan kelajuan supersonik.
Jet F-35B itu mempunyai hanya satu tempat duduk dan boleh mendarat secara menegak dan hanya memerlukan landasan pendek untuk berlepas.
Ketika nahas itu berlaku, sebanyak 10 pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) dan lebih enam jet F-35 milik RAF yang berada di kapal pengangkut pesawat itu dengan kesemuanya telah banyak kali mendarat serta berlepas dari HMS Queen Elizabeth.
PUNCA TERHEMPAS
Berikutan kemalangan itu, keselamatan jet pejuang canggih itu mula dipersoalkan.
Ini adalah kerana pada tahun 2018, seorang juruterbang sebuah jet tempur F-35 terpaksa menggunakan kerusi anjal yang melentingkannya keluar dari pesawat itu sebelum ia terhempas dalam satu latihan ketenteraan di South Carolina, AS.
Pada September tahun lalu pula, sebuah jet tempur F-35B terhempas dekat Pusat Kemudahan Tentera Laut Udara AS El Centro di California setelah bertembung dengan pesawat pengisi minyak KC-130J buatan syarikat Lockheed Martin.
Bagaimanapun, juruterbang jet tempur itu selamat selepas dia menggunakan kerusi anjal untuk menyelamatkan diri.
Seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Britain, Laksamana Muda (B), Chris Parry dilaporkan berkata pada malam selepas kejadian bahawa walaupun satu siasatan akan dilakukan bagi menentukan punca jet itu terhempas tetapi adalah kemungkinan ia berlaku disebabkan oleh masalah kegagalan enjin.
Kementerian Pertahanan United Kingom (UK) turut menegaskan pada malam Rabu lalu bahawa tiada tindakan musuh terlibat dalam kejadian tersebut dan siasatan bagi menentukan punca jet tersebut terhempas tertumpu kepada masalah teknikal dan kesilapan manusia.
Walaupun nilai pesawat itu terlalu tinggi, ia belum tentu dapat mengelakkan nahas udara. – Agensi
Baca Artikel Menarik:
- Jawapan kepada tuduhan PAS kepada UMNO
- Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah
- Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia [VIDEO]
- PRN Melaka: BN dijangka menang, vote swing kepada mereka – Ilham Centre
- PRN Melaka: Mas Ermieyati tidak yakin PN menang
- Pilihan pelaburan untuk nikmati pendapatan RM7,000 sebulan
- Roti canai terbang landing atas kepala pelanggan [VIDEO]
- PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu
- ‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO]
- Roti Canai Kayu Arang Viral
- Khasiat bunga telang, bukan sembarangan bunga
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.