PRN Melaka: Muhyiddin menafikan pilihan Hadi Awang dalam pilihan calon Ketua Menteri

Oleh Wahida

Rafik diketepikan sebagai calon Ketua Menteri PN

Dikatakan Rafik tidak boleh terima keputusan apabila Mas Ermie diputuskan sebagai calon Ketua Menteri PN untuk negeri Melaka. Kekecewaan Rafik juga dikatakan bertambah parah apabila Muhyiddin selaku Presiden PPBM telah sengaja menafikan cadangan dari Tuan Guru Hadi Awang.

Ternyata di dalam Perikatan Nasional, PPBM berlagak sebagai ‘abang besar’ apabila segala-galanya mengikut kehendak Muhyiddin. Walaupun niat Muhyidddin meletakkan Mas Ermie hanya untuk propaganda politiknya agar memberi tentangan kepada calon ‘heavyweight’ BN di Dun Tanjung Bidara Dato Rauf Yusoh, namun hakikatnya di sini adalah kubu kuat BN/UMNO yang sukar untuk Mas Ermie menang.

Ketika Wan Azizah ingin dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor setelah menang pada ‘Langkah Kajan’ PKR, Hadi Awang menentang sekeras-kerasnya sehingga sanggup memberi alasan Wan Azizah seorang yang tidak berkebolehan. Hakikatnya, Hadi Awang tidak setuju kerana ia adalah seorang wanita dan mengikut fahaman Islam PAS, wanita tidak boleh memimpin kaum lelaki.

Kali ini, Hadi terpaksa tunduk dengan kehendak Muhyiddin dan segala prinsip perjuangan PAS sanggup digadakan. Bermula dengan menghalang logo bulan digunakan, sekarang wanita pula diangkat memimpin mereka.

Jika kebolehan yang dicari dalam karier politik atau standard kepimpinan Mas Ermie, apakah sekadar pandai larikan diri dari SPRM maka Mas Ermie layak dicalonkan sebagai Ketua Menteri Perikatan Nasional.

Atau disebalik pencalonan ini, Mas Ermie sebenarnya akan di’remote control’ Muhyiddin nanti?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker