Boleh belanja puluh juta, tapi padang RM900,000 tak boleh buat – TMJ

Boleh belanja puluh juta, tapi padang RM900,000 tak boleh buat – TMJ

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa semua pihak terbabit menaik taraf padang stadium masing-masing kepada rumput yang lebih berkualiti.

Beliau yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata demikian menerusi satu komen di salah satu laman Instagram peminat bola sepak yang memetik mengenai tawaran geran daripada Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bagi menukar rumput Zeon Zoysia untuk stadium negeri.

TMJ menjelaskan rumput lembu atau ‘Cowgrass’ tidak lagi sesuai digunakan dalam bola sepak moden.

“Tanya Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan) cadangan dan idea siapa? Kalau nak tunggu pemilik atau presiden kelab, sampai bila-bila rumput lembu. Boleh belanja berpuluh juta setiap tahun tetapi padang RM900,000 tak boleh buat.

“Baru-baru ini saya ada beri cadangan kepada seorang pemilik kelab. Saya cakap buat masa menunggu stadium baru siap, tukar padang stadium yang pakai sekarang. Paling kurang apabila stadium baru siap anda mempunyai dua padang berkualiti.

“Dia jawab FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) kena bantu. Sejak bila badan induk yang bertanggungjawab atas infrastruktur kelab kita? Tetapi inilah akibatnya apabila ada pemilik atau presiden yang tak minat bola tetapi mengguna bola sepak demi agenda lain,” tulis TMJ.

Komen TMJ itu turut mendapat reaksi daripada Hannah yang mengakui bekas Presiden FAM itu memang mencadangkan supaya lebih banyak padang stadium di negara ini memiliki rumput yang berkualiti.

“Betul ini idea DYAM Tuanku @hrhcrownprinceofjohor untuk mencadangkan lebih banyak stadium di seluruh Malaysia mempunyai padang rumput yang berkualiti,” kata Hannah.

Kualiti beberapa padang stadium yang digunakan dalam saingan Liga Malaysia bagi saingan musim ini dilihat masih mendapat kritikan sesetengah pihak berikutan permukaan padangnya yang kurang berkualiti.

Gelanggang keramat skuad Harimau Malaya, Stadium Nasional, Bukit Jalil juga dilaporkan dalam proses untuk penukaran rumput kepada jenis Zeon Zoysia yang dijangka siap pada oktober ini. BH

Boleh belanja puluh juta, tapi padang RM900,000 tak boleh buat – TMJ

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker