Tajuddin kata tempoh 14 hari bukan diputuskan MKT UMNO

Tajuddin kata tempoh 14 hari bukan diputuskan MKT UMNO. Keputusan memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan untuk memanggil sidang Parlimen dibuat oleh Biro Politik UMNO dan bukan diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, persoalan mengenai tindakan lanjut selepas tempoh tersebut berakhir pada Isnin wajar dijawab oleh biro politik parti itu.

“Itu keputusan biro politik, bukannya MKT. Jadi kena tanya mereka sendirilah apabila sudah habis 14 hari…apa mereka nak buat? Saya ahli MKT, bukan biro politik,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menegaskan pembukaan semula sidang Parlimen bukan bertujuan melakukan kekecohan.

Menurutnya, UMNO meminta Parlimen kembali bersidang bagi membahaskan tindakan kerajaan menangani penularan wabak Covid-19 dan masalah kemelesetan ekonomi negara.

“Kita nak Parlimen bersidang bukan menjatuhkan kerajaan atau membuat undi tidak percaya. Tujuan kita untuk menyumbang cadangan bagi menghadapi masalah Covid-19,” ujarnya.

Tambah beliau, pembukaan Parlimen membolehkan perbincangan lebih terperinci mengenai inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) dilaksanakan.

“Jika Parlimen bersidang kita boleh bincang mengenai pelaksanaan Pemulih dan keberkesanannya membantu kehidupan rakyat.

“Di samping itu, setiap wakil rakyat ada kelebihan masing-masing yang boleh digunakan untuk menyuarakan pandangan kepada kerajaan, itu yang dimaksudkan apabila kita minta Parlimen dibuka semula,” ujarnya.

Tajuddin kata tempoh 14 hari bukan diputuskan MKT UMNO


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Selamat Tinggal Muhyiddin’ Puad Zarkashi yakin UMNO akan keluar kerajaan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker