Sayang Melaka Kononnya… Kenapa Batalkan HSR? Soal Sulaiman
Sayang Melaka Kononnya… Kenapa Batalkan HSR? Soal Sulaiman
Cogan kata ‘Abah Sayang Melaka’ yang digunakan oleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak selari dengan pendekatan yang dilakukan Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika menjadi Perdana Menteri, bidas calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Tegasnya, sekiranya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menyayangi Melaka bagaimana beliau mengambil keputusan membatalkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR) sedangkan ianya dijangka memberi pulangan yang baik kepada negeri ini.
“Kalau betul sayangkan rakyat di negeri ini patut teruskan projek HSR supaya limpahan ekonomi berkembang di Melaka, rangkaian daripada satu stesen di negeri ini ke Melaka Sentral kemudian ke koridor yang kita cadangkan.
“Jadi semua jajaran ini akan ada pembangunan kiri dan kanan malah banyak peluang perniagaan yang boleh dilakukan nanti.
“Kalau ‘abah’ betul sayangkan Melaka jangan batalkan projek ini… saya juga pernah pohon untuk lebar dan panjangkan Lapangan Batu Berendam dengan jumlah RM200 juta tapi dia kata tidak ada duit,” kata calon Ketua Menteri Melaka BN itu lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui melakukan tinjauan persiapan jentera Barisan Nasional di DUN Rim.
Jelas penyandang DUN Lendu itu lagi, beliau pada mula menjangkakan projek ini akan memberikan impak besar kepada ekonomi negeri ini terutama dalam sektor pelancongan namun ianya tidak menjadi kenyataan apabila HSR telah dibatalkan pada Januari 2021.
“Saya pada peringkat awalnya memang menyokong HSR sebab yakin dengan adanya projek ini melalui stesen di Melaka nanti akan memberikan impak ekonomi kepada negeri.
“Melaka boleh kembali menjadi negeri yang hebat kerana banyak pelancong yang akan datang ke Melaka yang keduanya adalah pelancong yang datang dari Singapura.
“Jadi sebab itu apabila kerajaan 22 bulan mengambil-alih dibatalkan saya fikir kalau betul sayang Melaka kenapa diteruskan pembatalan projek ini malah kita pula kena bayar RM320 juta kepada Singapura apabila terbatalnya HSR,” ujar beliau. – UMNO Online
Oleh: Nurul Saadah Latib
Sayang Melaka Kononnya… Kenapa Batalkan HSR? Soal Sulaiman
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Netizen Indonesia ‘koyak’ selepas Adidas akui wayang kulit dari Malaysia
- OPPO A95 mula ditawarkan di pasaran
- PAS kata PN tidak terkesan Ahli PAS Melaka sokong BN
- i-Serve Online Mall diserbu, wang tunai RM118.7 juta dirampas
- Melampau jika SJKC mahu diinstitusikan?
- Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini
- Caprice bernikah dengan ibu tunggal dari Kelantan
- Sanusi terima hadiah dari TMJ
- Keluarkan motosikal kapcai daripada pasaran secara berperingkat
- Mufti Pulau Pinang tegur Menteri Besar Kedah
- Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap – Taraf Kayangan [Bahagian 2]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penutupan kedai nombor ekor akan manfaatkan penjual ekor haram
You must be logged in to post a comment.