Rakyat Muak Dengan PH, Akui BN Terbaik – Koh Chin Han

Rakyat Muak Dengan PH, Akui BN Terbaik – Koh Chin Han

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Datuk Koh Chin Han mengakui beliau menerima pelbagai keluhan daripada rakyat yang muak dengan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.

Katanya, mengambil pengajaran dari itu rakyat khususnya di Bemban meluahkan keyakinan Melaka hanya akan terus cemerlang sekiranya ditadbir BN berdasarkan pencapaian selama tempoh 60 tahun.

“Saya menerima sambutan yang begitu baik bukan sahaja dari pengundi Cina tetapi juga dari orang Melayu dan India… mereka mempunyai keyakinan ke atas BN bahawa parti ini yang mampu melakukan tadbir urus terbaik bukan lagi PH yang tidak boleh percaya begitu juga parti-parti yang lain.

“BN adalah sebuah parti yang sudah lama mentadbir negara maka pengalaman serta kebolehan yang ada ini bukan sebarangan.

“Rakyat memberi respon kepada saya bahawa mereka berkeyakinan ke atas BN maka calon-calon yang mewakili ini mendapat sambutan yang begitu positif dan mereka mahu pastikan saya menang secara bergaya pada 20 Nov ini dan akan mewakili mereka di persidangan DUN Melaka kelak,” katanya kepada UMNO Online.

Sementara itu, beliau memberikan pandangan bahawa keunikan di Bemban ini adalah kepelbagaian kaum kerana bagi beliau kehidupan rakyat yang majmuk memainkan peranan ke arah kemajuan negeri.

“DUN Bemban ini bagaikan rakyat Malaysia kerana masyarakatnya hidup majmuk terdiri daripada pelbagai kaum.

“Saya mempunyai satu impian untuk membentuk masyarakat yang harmoni kerana bagi saya ini adalah syarat pertama untuk kita bentuk kestabilan politik, ekonomi.

“Rakyatnya kena harmoni disebabkan kepelbagaian kaum ini merupakan kekuatan kita maka saya akan menggunakan aspek ini sebagai kekuatan di DUN Bemban dengan bantuan agensi kerajaan yang lain supaya rakyat dapat hidup dengan selesa dan bahagia,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Rakyat Muak Dengan PH, Akui BN Terbaik – Koh Chin Han

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Penutupan kedai nombor ekor akan manfaatkan penjual ekor haram

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker