PRN Melaka: 25 peratus pengundi awal setakat 10 pagi

MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 25 peratus pengundi awal keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi ini.

Terdahulu, proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka melibatkan 31 lokasi di seluruh negeri telah bermula pada pukul 8 pagi ini.

Dijangka 11,557 pengundi awal terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 polis akan menjalankan tanggungjawab masing-masing pada hari ini.



Sebelum ini, SPR menetapkan tarikh 8 November sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 16 November.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas dipersetujui Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam.

Ia susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan daripada kerajaan Negeri Melaka di bawah pentadbiran Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


#PRNMelaka : Mas Ermieyatie akan jadikan Tanjung Bidara sebagai kawasan pembangkang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker