Sultan Johor nafi keluar poster politik
Sultan Johor nafi keluar poster politik
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sekali lagi bertitah menegaskan, baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap parti politik seperti mana dalam poster yang ditularkan.
Menerusi Facebook rasmi baginda hari ini, Sultan Ibrahim bertitah, ini adalah satu kenyataan palsu yang terus disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga DiRaja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini.
Baginda bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga DiRaja Johor.
Poster itu yang tular sejak semalam, antara lain memaparkan gambar Sultan Ibrahim serta nama baginda yang mengaitkan titah baginda terhadap sebuah parti politik di negara ini.
Gambar hampir serupa membabitkan baginda juga pernah tular pada 29 Ogos lalu yang mengaitkan titah Sultan Johor terhadap sebuah parti politik di negara ini.
Baginda sehubungan itu bertitah agar rakyat diminta tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan atau berita palsu yang disebarkan di dalam media sosial. Utv
Sultan Johor nafi keluar poster politik
Baca Artikel Menarik :
- Sanusi sindir TMJ lagi, diet sakan tak boleh menang juga
- Pedofil paksa remaja ukir nama pada payudara
- Rupanya objek keras dan tajam – Daphne Iking
- Peminjam B50 boleh mula mohon URUS
- PRN Melaka: Aku Janji PN hanya silap mata Muhyiddin?
- PRN Melaka: Calon PN hanya mampu jaja nama ‘Abah’
- Siakap vs empurau, mana lagi mahal?
- Makanan paling mahal dalam dunia, ayam selasih
- 5 Makanan Kayangan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia
- Doktor bidas Rita Rudaini
- Lokasi Kaum Thamud Yang Diazab Oleh Allah S.W.T Dan Kisah Nabi Salleh A. S [FOTO]
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro
You must be logged in to post a comment.