Salah guna nama, PMO beri amaran keras akan ambil tindakan

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama atau kedudukan Pejabat Perdana Menteri (PMO) bagi tujuan tertentu.

Tindakan sedemikian, kata PMO adalah amat tidak bertanggungjawab sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti Pejabat Perdana Menteri dan institusi Kerajaan.

“Justeru, pihak Pejabat Perdana Menteri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut termasuk melibatkan sudut perundangan terhadap pihak yang terlibat dengan perkara sedemikian,” katanya pada kenyataan hari ini.

Kenyataan PMO itu dibuat selepas Presiden MCA Wee Ka Siong mendakwa Deepak Jaikishan telah menghubunginya semalam untuk meminta dia membetulkan kenyataannya berhubung pengimportan telur dari India.

Wee, di Dewan Rakyat hari ini, mendakwa ahli perniagaan kontroversi itu telah memetik nama PMO dan terus memintanya mengemukakan kenyataan berhubung perkara itu.

Deepak sejak itu menafikan menghubungi Wee, serta menafikan sebarang hubungan dengan J&E Advanced Tech Sdn Bhd – syarikat tunggal yang dibenarkan Putrajaya mengimport telur dari India semasa kekurangan bekalan tempatan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir

Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker