Tersangkut Tombol Pintu, Macam Mana Boleh Tersangkut Dik…

Tersangkut Tombol Pintu, Macam Mana Boleh Tersangkut Dik…

Lahad Datu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun cedera selepas jari telunjuk tangan kirinya tersangkut pada tombol pintu dipercayai di rumahnya, di sini, hari ini.

Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan bantuan.



Bagaimanapun, usaha yang dilakukan pihak hospital dipercayai gagal sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk mendapatkan bantuan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.32 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dikerah ke lokasi mangsa di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Lahad Datu.

“Pasukan operasi menjalankan operasi mengeluarkan tombol pintu yang masih tersangkut pada jari kanak-kanak terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Menurutnya, pasukan bomba bertindak memotong serta menanggalkan tombol pintu itu menggunakan alat pemotong khas.

Katanya, operasi akhirnya berjaya dilakukan pada 1.25 tengah hari sebelum mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sebelum operasi tamat pada 1.14 tengah hari,” katanya.-HM

Tersangkut Tombol Pintu, Macam Mana Boleh Tersangkut Dik…



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi baharu lebih sporty

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker