Penganjur acara BN dihadiri PM, Najib dikompaun RM20k

Penganjur acara BN dihadiri PM, Najib dikompaun RM20k

Penganjur acara BN yang dihadiri Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dikenakan kompaun RM20,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19, kata seorang pegawai kesihatan daerah Jasin.

Kompaun itu dikeluarkan kepada ketua pusat daerah mengundi BN di Asahan kerana menganjurkan majlis di Medan Selera Selandar, lapor New Straits Times.



“Kompaun itu dikeluarkan kepada penganjur kerana gagal memastikan penjarakan fizikal. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” kata pegawai itu kepada pemberita.

Acara itu turut dihadiri Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Najib Razak, calon BN bagi DUN Asahan Fairul Nizam Roslan dan pemimpin lain.

Ismail Sabri tiba ke acara itu sekitar tengah hari dan meluangkan masa sejam bertemu penduduk setempat.

Menerusi akaun Facebooknya, Najib memuat naik dua hantaran dan beberapa gambar di dua kedai makan dan salah satu daripadanya dihadiri Ismail Sabri.



Gambar-gambar itu menunjukkan Ismail dan Najib gagal mematuhi penjarakan fizikal.

Polis Melaka ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung acara sarapan pagi yang dihadiri kira-kira 200 individu di sebuah kedai makan di Lendu, Masjid Tanah.

Ketua Polis Negeri, Abdul Majid Mohd Ali bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada acara sarapan pagi anjuran Umno Lendu itu dihadiri Ismail Sabri dan Najib kerana kedua-dua nama mereka tidak disebutkan dalam laporan polis.

“Saya sahkan ada laporan polis dibuat 10.30 pagi, dalam laporan tu siasatan kita akan rujuk kepada KKM.



“Tak ada (belum) kompaun (dikeluarkan), cuma laporan polis dibuat kerana perhimpunan tu gagal mematuhi jarak sosial walaupun tiga kali telah diberi amaran oleh KKM,” katanya.

Pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil mempersoalkan mengenai apa yang dianggap sebagai “tindakan penguatkuasaan keterlaluan” oleh pihak polis atas dakwaan melanggar SOP Covid-19 semasa kempen pilihan raya negeri di Melaka.

Polis sebelum ini mengeluarkan kompaun RM4,000 kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Machap Jaya, Law Bing Haw kerana didakwa berkempen di sebuah kedai makan di Alor Gajah pada Rabu lalu.

Polis juga telah memanggil beberapa calon daripada PH dan BN berhubung dakwaan melanggar SOP semasa hari penamaan calon pada Isnin lalu. Mk



Penganjur acara BN dihadiri PM, Najib dikompaun RM20k


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena



Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker