Sanusi ‘Terbakar Hati’ Dengan Teguran TMJ

Sanusi ‘Terbakar Hati’ Dengan Teguran TMJ

Campur tangan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap isu tunggakan gaji membabitkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendapat maklum balas Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Mungkin panas dengan sindiran Tunku Ismail itu, Sanusi tampil mempertahankan tindakan pihaknya yang baru sahaja menyelesaikan tunggakan gaji pemain Kedah yang sangkut selama dua bulan sebelum ini.

Tunku Ismail yang menggelarnya umpama ‘kepala pistol’ nyata membangkitkan rasa tidak senang Sanusi yang akhirnya memberi maklum balas menerusi laman media sosial rasmi Facebook miliknya.

“La ni bulan sebelas dah. Bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa?. Apa punya peluru kapoq tala ikut suka dia,” tulis Sanusi.

Sebelum ini, kecoh isu tunggakan gaji pemain skuad Helang Merah yang didakwa sangkut selama dua bulan.

Anak didik Aidil Sharin Sahak yang bakal turun menentang skuad Harimau Selatan dalam aksi suku akhir Piala Malaysia bagaimanapun mendapat tonik berharga apabila pengurusan KDA sudah menjelaskan tunggakan itu.

Begitupun, ia mendapat perhatian Tunku Ismail yang mendakwa KDA tidak serius menguruskan mengenai gaji pemain namun apabila berdepan JDT secara tiba-tiba tunggakan itu diselesaikan.

Susulan komen balas Sanusi itu, Tunku Ismail mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Menteri Besar Kedah itu dengan beliau menawarkan diri untuk menjadi pelatih kesihatan.

“Salam Datuk. Gaji dah bayar? Bagus. Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. ‘Well done’, jaga diri dan jaga kesihatan. Kalau nak diet call, saya ajar,” kata Tunku Ismail di laman sosial.

Perbalahan kedua-dua pihak tidak terhenti di situ, sebaliknya Sanusi membalas kenyataan Tunku Ismail itu.

“Hang tak pakai seluaq lagi aku main bola dah…La ni pun dok main bola lagi…Diet apa dier?,” kata Sanusi.-HM

Sanusi ‘Terbakar Hati’ Dengan Teguran TMJ

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi baharu lebih sporty

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker