Kedah haramkan judi hadkan penjualan arak, DAP mengamuk naik tocang

Timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramasamy berang dengan tindakan kerajaan negeri Kedah yang mahu mengharamkan premis perjudian dan mengehadkan penjualan minuman keras di negeri itu.

Ramasamy menyifatkan langkah itu bertujuan untuk mengawal orang bukan Islam dan menafikan hak mereka.

“Sesiapa pun mengatakan Malaysia adalah negara sekular dengan perlembagaan sekular di mana hak orang bukan Islam dilindungi.

“Selama bertahun-tahun terdapat islamisasi secara halus dan terang-terangan. Perkara-perkara seperti ini adalah untuk menafikan hak orang bukan Islam untuk membuat keputusan dalam pelbagai perkara – dengan sekatan demi sekatan ke atas pilihan orang bukan Islam,” kata pemimpin DAP itu dalam satu kenyataan.

Dia mengulas mengenai langkah kerajaan Kedah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tidak lagi meluluskan lesen perjudian kepada mana-mana premis perjudian dan menghehadkan penjualan minuman keras di negeri itu.

“Ia bukan tentang minum arak atau berjudi di kedai judi. Bukan semua orang bukan Islam minum arak dan tidak semua mengunjungi kedai nombor 4D.

“Biar orang bukan Islam sendiri menentukan sendiri apa yang baik dan buruk.

“Tiada keperluan kepolisan moral yang mengakibatkan penafian hak mereka untuk sama ada meminum atau tidak meminum arak. Atau hak mereka untuk buat keputusan mengenai penglibatan mereka dalam perjudian,” katanya.

‘Bukan Muslim tak terikat kepada polisi moral’

Katanya, orang bukan Islam di Malaysia mempunyai kebebasan berpersatuan berkaitan amalan agama mereka dan tidak terikat dengan kepolisan moral seperti rakan mereka yang beragama Islam.

“Langkah berani dan tidak sensitif itu bermula dengan pengharaman penjualan arak sebelum ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) walaupun mendapat bantahan.

“Didorong dengan tindakan DBKL terhadap kedai runcit bukan Islam itu, kerajaan negeri Kedah kini mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan di negeri ini mengharamkan kedai nombor 4D.

“Jika keputusan ini bukan Islamisasi terhadap hak orang bukan Islam, jadi apa?” soalnya.

“Sekiranya kerajaan negeri mahu melarang orang Islam pergi ke kedai-kedai judi saya tiada apa-apa yang boleh diperkatakan tetapi kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan tiada hak untuk menafikan hak mereka yang bukan Islam untuk ke kedai judi.

“Mengapa ketaksuban ini berlaku terhadap orang bukan Islam? Bukankah mereka rakyat yang telah membayar cukai mereka?

“Apakah kesalahan yang telah mereka lakukan terhadap (Menteri Besar Kedah) Muhammad Sanusi Md Nor sehingga mereka dihukum?

“Tidakkah mereka mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri sama ada untuk mengambil alkohol atau ke kedai nombor 4D.

“Siapakah Sanusi untuk menafikan hak orang bukan Islam?” soalnya.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sanusi ‘Terbakar Hati’ Dengan Teguran TMJ

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker