Ibu Sanggup Mengandung ‘Cucu’ Sendiri

Ibu Sanggup Mengandung ‘Cucu’ Sendiri

Tasmania: Seorang ibu berusia 54 tahun sanggup ‘mengandung’ cucu sendiri apabila menjadi ibu tumpang untuk anaknya.

Maree Arnold sanggup melakukannya bagi membolehkan impian anaknya, Meagan White menjadi seorang ibu tercapai.

Meagan, 28, disahkan mengidap sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser syndrome (MRKH) sejak berusia 17 tahun, apabila dia dilahirkan tanpa rahim dan tidak berpeluang untuk mengandung.

Dia hampir merasakan tidak berpeluang menjadi ibu apabila ibu tumpang berasal dari Kanada sebelum ini mengalami keguguran ketika usia kandungan 21 minggu.

Selepas membuat kajian, Maree mendapati dia boleh menjadi ibu tumpang buat anaknya sendiri.

Kini wanita itu mengandung cucunya sendiri pada usia 30 minggu

Meagan dari Lilydale, Tasmania, Australia berkata ketika remaja dia menunggu untuk mendapat haid dan selepas berjumpa doktor mengesahkan dia mengidap MRKH.

“Saya dilahirkan tanpa rahim, oleh itu tidak mempunyai haid.

“Ia juga bermakna saya tidak akan mengandung bagaimanapun ovari masih berfungsi dan bermakna boleh mendapatkan anak dengan bantuan ibu tumpang. Namun ketika itu saya masih remaja dan tidak memikirkannya sangat,” katanya.

Selepas bertemu dengan suami, Clayde, 28, pada 2015, wanita itu mahu membina keluarga dan menjadi seorang ibu.

“Saya bernasib baik kerana Clayde sentiasa menyokong setiap tindakan dan berazam mahu menjadi ibu bapa tidak kira bagaimana sekalipun.

“Pada Januari 2019 kami menemui seorang wanita di Kanada bernama Allison melalui agensi untuk menjadi ibu tumpang. Kami berkenalan secara maya selama sembilan bulan dan terbang ke sana pada September tahun itu.

“Selepas kembali ke Australia kami membuat cubaan pertama namun gagal dan cubaan kedua berjaya apabila Allison mengandung pada Disember 2019.

“Namun pada Mac 2020, doktor memaklumkan bayi perempuan yang dikandung itu tidak berjaya membentuk buah pinggang dan tidak dapat hidup,” katanya.

Maree yang juga ibu kepada lima anak berkata, ia adalah pengalaman yang berharga dan bahagia kerana dapat menolong anaknya sendiri.

“Terdapat banyak cara untku mengandungi pada masa kini, dan ini adalah salah satu daripadanya.

“Kami mahu memberi kesedaran kepada orang lain bahawa ia boleh dilakukan. Dan kami tidak sabar untuk bertemu dengan bayi ini,” katanya.

Selepas tiga kali gagal pemindahan embrio, Meagan dan Maree berkata kedua-dua mereka mula berasa kecewa dan berfikir mungkin cara itu tidak akan berjaya.

Bagaimanapun mereka bernasib baik apabila, pemindahan kali keempat berjaya dan Maree kini menunggu masa untuk bersalin secara pembedahan pada Januari depan.

Maree mungkin ibu tumpang tertua di Australia setakat ini, dengan Antonietta Di Maggio, dari Sydney, menjadi tajuk berita utama pada 2015 kerana melahirkan cucunya untuk anak perempuan Claudia Luca pada usia 53 tahun.-Mail Online

Ibu Sanggup Mengandung ‘Cucu’ Sendiri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi baharu lebih sporty

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker