Diabetes: Ramai Ambil Mudah Sebab Hanya ‘Nampak’ Apabila Sudah Melarat – Pakar
Diabetes: Ramai Ambil Mudah Sebab Hanya ‘Nampak’ Apabila Sudah Melarat – Pakar
Sikap ambil mudah menjadi penyebab angka penghidap penyakit diabetes di Malaysia terus menunjukkan peningkatan setiap tahun.
Timbalan Dekan (Siswazah), Fakulti Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Dr. Norlaila Mustafa berkata, sebahagian besar rakyat Malaysia sedar dan tahu faktor penyebab diabetes, namun tidak menganggapnya satu perkara serius.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2019 mendapati seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes.
“Ini termasuklah mereka yang ada ibu bapa penghidap diabetes atau ada masalah berat badan, mereka berisiko lebih tinggi tetapi masih juga tak mahu lakukan pemeriksaan.
“Lagi satu, rata-rata orang ramai percaya hanya gula yang menyebabkan diabetes sedangkan sebenarnya semua yang kita makan akan ditukarkan menjadi gula. Kalau makan nasi berlebihan, mi goreng, roti canai, nasi lemak setiap hari, kemudian tak akftif bersukan, paras gula dalam badan akan naik.
“Jadi saya fikir orang kita tahu tentang diabetes tapi hanya tahu secara luaran sahaja. Tahu dan ambil tahu lebih mendalam dua perkara berbeza, dan ambil tindakan untuk berubah itu lebih penting,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Prof Norlaila juga menegur sikap segelintir ahli masyarakat yang berpendapat hanya mereka yang disahkan menghidap diabetes perlu mengamalkan diet tertentu dan menjaga pemakanan.
“Saya selalu dengar dalam keluarga contohnya, apabila ada salah seorang, contohnya si suami hidap diabetes, isteri akan cakap ‘abang tak boleh makan ini, kami tak mengapa, boleh’. Ini salah.
“Kalau salah seorang dalam keluarga sudah ada diabetes, yang lain juga berpotensi untuk dapat juga, cuma mungkin lewat sedikit, bergantung pada faktor seperti usia, genetik dan lain-lain.
“Jadi, tak betul kalau kita suruh pesakit sahaja jaga makan, seharusnya satu keluarga pun kena jaga makan,” tegasnya.
Beliau yang juga Pakar Perunding Kanan Endokrinologi menambah, kerana diabetes hanya akan memberi kemudaratan di peringkat akhir, ramai berpendapat penyakit itu tidak sukar diuruskan dan ditangani.
“Diabetes bukan macam sakit jantung, pesakit akan rasa tidak selesa, rasa sakit, ada yang sampai rasa macam nak mati. Kalau kena toreh pisau contohnya, kita nampak darah dan kita rasa sakit jadi kita takut. Diabetes tidak begitu.
“Simptom seperti kerap haus, letih dan kurang berat badan, itu pesakit hanya akan alami apabila paras gula naik mendadak. Tetapi masalahnya, dengan gaya pemakanan kita di Malaysia yang sudah terbiasa dengan pengambilan gula, badan sudah adapt dengan paras gula yang tinggi jadi kita tak rasa apa-apa.
“Kemudaratan hanya nampak apabila penyakit sudah teruk, seperti buah pinggang rosak, kaki kena potong sebab luka tak sembuh, atau kena strok contohnya,” katanya lagi.
Hari Diabetes Sedunia yang disambut setiap tahun pada 14 November, tahun ini membawa tema ‘Akses Kepada Penjagaan Diabetes: Jika Bukan Sekarang, Bila Lagi?’
Ia selaras dengan keperluan untuk meneruskan usaha pelbagai hala untuk mempromosikan dan meningkatkan kesihatan sejagat, dan menyediakan akses kepada rawatan dan pendidikan penjagaan kesihatan terutamanya penyakit diabetes.
Tema untuk sambutan pada tahun ini juga bertepatan dengan 100 tahun penemuan insulin bagi merawat penyakit diabetes.-AA
Diabetes: Ramai Ambil Mudah Sebab Hanya ‘Nampak’ Apabila Sudah Melarat – Pakar
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib
- PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin
- ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap
- Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood
- Jangan sampai kita hempas makanan – Rider
- Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat
- Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional
- Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah
- ‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’
- Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi
- Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.