Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

LANGKAWI: Seorang usahawan terkenal di negeri ini berkongsi pengalaman ke restoran hidangan ikan siakap bertaraf ‘kayangan’ bagi mengelak ‘terkena’ dengan harga ribuan ringgit setelah menjamu selera.

Individu berkenaan, Mazlina Kamarudin, 54, yang juga usahawan industri ayam berkata, beliau dan sekumpulan pengurusan syarikat yang bermesyuarat di pulau berkenaan turut berkunjung ke restoran berkenaan sebelum isu berkenaan viral.

“Sebenarnya Mommy dan team ke Langkawi dan menyertai aktiviti menyelusuri hutan bakau di sekitar pusat ternakan terapung itu yang ada restoran.

“Maka, Haji (suami) pun ke kaunter. Tengok menu. Memanglah hajat di hati. Mahu belanja team. Makan ikan hidup… Segala bil boleh saja claim (tuntut) daripada syarikat kerana kami ada business trip,” tulis beliau dalam hantaran Facebook miliknya, Mazlina Kamarudin MK.

Tulisnya, suaminya, Jaffri Ahmad, 57, kemudian ke kaunter untuk bertanyakan harga makanan terutama siakap yang popular di restoran itu namun kembali ke meja dengan perasaan berbaur.

“Lama Haji di kaunter. Dia lihat-lihat menu. Mommy turuti. Dan Mommy lihat. 100 gram adalah RM16 dan ada yang 100 gram RM18.


Artikel Menarik :


“Wow. Sekilo dah RM180. Tak kan kita berlapan nak makan sekilo saja. Jom lah abang. Mahal,” katanya yang kemudian memilih untuk beredar dari premis berkenaan tanpa menjamah apa-apa.

Jelasnya, semua pengunjung perlu bersikap bijak apabila berkunjung ke restoran seumpama itu bagi mengelak rasa tertipu.

“Itu stail Mommy. Nak makan. Tanya kalau harga tak ditulis. Kira. Memang tak makan kalau mahal. Barang dia. Duit kita.

“Cuma… tuan kedai pun tak boleh tricky sangat. Maklumkan dulu. Harga seekor ikan ni selepas masa RM1,200 ya. Tuan ok ka?” jelasnya.

Beliau tidak menafikan bukan semua pelanggan akan teliti dan mengambil sikap bertanya dahulu namun pemilik restoran juga perlu bersikap lebih bertanggungjawab.

“Tak semua telitikan harga RM18/100 gram. Lagipun cara kedai itu orang tak sangka pun boleh keluar bil ribu riban kecuali makan di hotel. Atau tempat mewah. Itu orang dah ready (bersedia)

“Nak kata Mommy kedekut. Ya juga. Tapi Mommy sanggup bagi makan untuk 400 orang sehari. Nasi berlaukkan ayam. Nilainya lebih kurang RM2,000 setiap hari,” kata pengasas Rumah Makan Percuma ini. Utusan

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas

Related Articles

3 Comments

  1. Siakap liar/laut hanya RM40 – 45 se kilo. Restoran biasanya 2x ganda = RM80 – 90 se kilo. Berat siakap yang dimakan dilapurkan 7.5 kilo. Jadi harga sepatutnya RM600 – 675 je.
    Cekik darah kalau RM1000 lebih.

  2. Mommy mngkin snggup bgi mkn 400 org dgn nilai rm2000 perhri..tu pn dh ckup byk dh,,brsedekah..itu tiap hari ke atau skali sminggu mommy..siapa tahu org lain ada rzeki lebih..blh ikut bsedakh..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker