PRN Melaka: Ajar cara lolos ke Israel, calon PN wajar ditolak rakyat

Tindakan biadab calon Perikatan Nasional (PN) bagi  yang seolah-olah mengajar rakyat di negara ini untuk lolos ke negara haram Israel menggunakan pasport Malaysia amat mengecewakan.

Meskipun sudah memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya sebelum ini, namun perkara itu sedikit sebanyak mengguris hati rakyat di negara ini yang majoritinya beragama Islam.

Berikutan itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Cikgu Izzat Johari menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak menggugurkan pencalonan Khai Ling daripada menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.



“Mohon PDRM ambil tindakan segera dan beri amaran keras kepada mana-mana yang cuba menjadi pembelot negara!

“SPR wajar gugurkan pencalonan daripada calon PN ini kerana jelas menentang kepada Perlembagaan dan undang-undang kedaulatan negara!” tegasnya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Sebelum itu, tersebar semula video berdurasi satu minit yang memaparkan perkongsian daripada Khai Ling yang dikatakan secara terang-terang mengajar rakyat di negara ini melanggar undang-undang.

Bagaimanapun, calon Gerakan itu menegaskan beliau tidak berniat untuk mempersendakan pendirian umat Islam terhadap Israel.



“Saya tiada niat untuk mencabar undang-undang Malaysia yang telah menetapkan negara Israel tidak boleh dilawati oleh rakyat negara ini.

“Saya memahami tiada hubungan diplomatik antara negara Malaysia dan Israel,” katanya

PRN Melaka: Ajar cara lolos ke Israel, calon PN wajar ditolak rakyat


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kamu tu kontraktor saja, Mahathir arkitek Bersatu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker