Pemilik suara Nobita dalam Doraemon meninggal dunia

Sebaran :

Pemilik suara Nobita dalam Doraemon meninggal dunia

Yoshiko Ota, pemilik suara Nobita dalam siri animasi popular, Doraemon meninggal diunia akibat kegagalan jantung pada usia 89 tahun.

Portal NHK melaporkan Ota atau nama sebenarnya, Yoshiko Saka dilaporkan menghembus nafas terakhir pada pada 29 Oktober lalu di Hospital Kanagawa, Jepun,

Namun berita kematiannya hanya diumumkan oleh The Theater Echo Theater Company pada 8 November lalu.



Ota adalah pemilik suara pertama Nobita pada 1973.

Dia juga popular apabila meminjamkan suara emasnya untuk watak ikonik animasi lain termasuk watak Leo untuk Jungle Emperor Leo pada 1966, Atsuko Kagami dalam Himitsu no Akko-chan anime (1969) dan Baby Panda untuk Panda! Go, Panda! (1972).

Dilahirkan pada 25 April 1932 di Hyogo, Ota mula menceburkan diri dalam dunia animasi sebagai pengisi suara pada 1947 di bawah pengurusan, Takarazuka Revue.

Beliau bertemu seorang lagi pengisi suara, Osamu Saka sebelum mendirikan rumah tangga dengannya.



Pada 1964, Ota dan Saka mengambil keputusan berpindah ke Tokyo dan menyertai Theater Echo Group di pentas panggung, televisyen dan sebagai pengisi suara.

Sekitar 2016, Ota menjadi penerima Anugerah Sepanjang Hayat di Tokyo Anime Award Festival bagi sumbangannya dalam dunia animasi. MG

Pemilik suara Nobita dalam Doraemon meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Sharifah Sakinah kena kecam belanja foto berendam dalam tab mandi


Sebaran :

Leave a Reply