Ternak kambing kayangan, bawa pulangan lumayan

Sebaran :

Ternak kambing kayangan, bawa pulangan lumayan

BACHOK – Bermula dengan sekadar minat, tiada siapa menyangka seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini mampu meraih pendapatan sehingga mencecah lima angka sebulan hasil daripada ternakan ‘kambing kayangan’.

Mohd Yusoff Mohamad, 45, mula berjinak-jinak menternak sebanyak lapan ekor kambing kacukan jenis Boer kira-kira tiga tahun lepas dengan modal sekitar RM1,800 dan percubaan itu ternyata memberi pulangan lumayan apabila meraih keuntungan antara RM1,200 dan RM1,500 bagi seekor kambing yang dijual.

“Melihat kepada pulangan tersebut, menaikkan semangat saya untuk berkecimpung secara lebih serius dengan membawa masuk pula tujuh ekor kambing baka Jamnapari yang berumur sekitar empat bulan.



“Namun, percubaan kedua tidak ‘seindah’ yang pertama apabila kambing jenis Jamnapari kurang mendapat permintaan di Kelantan, kemungkinan disebabkan ia bertelinga panjang membuatkan kurang daya tarikan,” katanya ketika ditemui Bernama di kandang kambing miliknya di Kampung Telaga Ara, Gunong, di sini baru-baru ini.

Keadaan itu tidak mematahkan semangat bapa kepada empat anak berusia antara sembilan dan 19 tahun itu, sebaliknya beliau berusaha mempromosikan ternakannya itu menerusi media sosial Facebook.

“Syukurlah, hanya dalam tempoh dua hari selepas mengiklankannya di Facebook, ada pelanggan dari Terengganu bersetuju memborong kesemua kambing Jamnapari berkenaan pada harga RM26,000,” katanya yang turut mendapat pinjaman daripada Agrobank sebanyak RM10,000.

Mohd Yusoff atau mesra disapa Pak Sop kini mempunyai 17 ekor kambing baka jenis Boer dan Kalahari yang diperoleh daripada pembekal tempatan dan Australia yang mampu dijual pada harga RM4,000 hingga RM20,000 seekor bergantung kepada umur iaitu sekitar tiga bulan hingga setahun, selain secara purata boleh menghasilkan baka anak kambing kira-kira dua hingga tiga ekor.



“Kambing jenis ini mendapat permintaan tinggi termasuk pelanggan dari luar Kelantan untuk tujuan pembakaan. Malah, ada pelanggan yang sanggup tempah anak kambing yang masih dalam kandungan, tetapi saya tidak terima kerana khuatir berlaku sebarang kemungkinan.

“Saya juga dalam proses untuk membawa masuk 10 ekor kambing jenis Boer baka tulen dari Australia pada akhir bulan ini. Setakat ini saya tidak ada masalah untuk mengimport kambing dari negara luar kerana mempunyai permit yang sah,” katanya. Sinar

Ternak kambing kayangan, bawa pulangan lumayan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Sharifah Sakinah kena kecam belanja foto berendam dalam tab mandi


Sebaran :

Leave a Reply