Elakkan Dapat Rezeki Haram..5 Pekerjaan Ini Melelahkan Tetapi Diredai Allah Dan Rasul
Elakkan Dapat Rezeki Haram..5 Pekerjaan Ini Melelahkan Tetapi Diredai Allah Dan Rasul
PERKATAAN lelah dalam kamus dewan membawa maksud tidak berdaya lagi, letih atau penat. Kehidupan kita ini tidak terlepas daripada menyebut perkataan penat dan lelah lebih-lebih lagi apabila sesuatu perkara yang kita lakukan itu tidak mencapai keinginan diri.
Tahukah kita sebenarnya letih dan lelah ini sangat berbaloi sekiranya seseorang itu mengetahui faedah yang dia akan perolehi jika dia melakukan sesuatu pekerjaan yang mencapai reda Allah.
Ini kerana, kehidupan yang kita jalani pada waktu sekarang perlulah mendapatkan hasil bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat nanti.
Terdapat lima pekerjaan yang memenatkan tetapi disukai Allah dan Rasul iaitu:
1. Pendakwah
Tugas sebagai seorang pendakwah bukanlah mudah dan ia bukan hanya mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran tetapi sebagai seorang pendakwah mereka perlu memiliki ilmu dan kemahiran bertutur dengan baik.
ni kerana, perkataan yang digunakan bukan sahaja perlu pada perkataan yang baik bahkan mereka juga dituntut untuk mengamalkan apa mereka katakan.
Firman Allah di dalam Surah Fussilat ayat ke 33:
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”
2. Menuntut ilmu
Menuntut ilmu bukanlah satu pekerjaan yang mudah ia memerlukan usaha yang tinggi. Ini kerana setiap orang yang berilmu, Allah akan mengangkat darjat mereka dengan beberapa darjat dan jalan mereka ke syurga juga akan dipermudahkan oleh Allah.
Firman Allah di dalam Surah Al-Mujadilah ayat 11:
Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
3. Mencari nafkah halal
Mencari nafkah untuk keluarga merupakan satu perbuatan yang sangat baik. Ini kerana mereka yang mencari nafkah halal buat keluarga akan diredai Allah. Firman Allah di dalam Surah Al-Mukminun ayat 51:
Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh.
Syeikh al-Maraghi berkata: “Di sini perintah memakan makanan yang baik didahulukan berbanding dengan perintah mengerjakan amalan soleh, bagi menunjukkan bahawa amalan soleh tidak akan diterima jika tidak didahului dengan memakan makanan yang halal.” (Tafsir al-Maraghi, 6/289)
4. Bekerja sendiri
Jika di atas tadi seseorang yang bekerja mencari nafkah yang halal sama ada bekerja dengan orang lain atau boleh juga bekerja dengan diri sendiri. Bagi mereka yang bekerja dengan hasil usaha tangannya sendiri maka ia merupakan satu kelebihan yang disebutkan oleh Baginda Rasulullah dalam sebuah hadis:
Ditanya kepada Rasulullah, apakah pekerjaan yang paling baik? Jawab Baginda: Amalan seorang lelaki dengan tangannya dan setiap jualan yang baik. [HR Ahmad 17265]
5. Berjihad di jalan Allah
Mereka yang bekerja di jalan Allah dengan mempertahankan agama dan tanah air adalah termasuk dalam kalangan orang yang beroleh keuntungan di dunia dan juga di akhirat. Ini kerana Firman Allah di dalam Surah At-Taubah ayat 111:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
Pada saat yang sama, hendaklah kita menghindari segala cara untuk mendapatkan pekerjaan secara haram seperti menipu, merasuah, makan riba, makan harta anak yatim, pecah amanah, mengurangkan timbangan, mencuri, merompak, menyamun dan sebagainya.
Ingatlah bahawa rezeki yang kita perolehi dan cara kita belanjakannya akan dipersoalkan di hadapan Allah pada hari Akhirat kelak. Hal ini berdasarkan hadis daripada Ibn Mas’ud R.Anhuma, Rasulullah bersabda:
Maksudnya: Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi Tuhannya pada hari Kiamat, hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya. [HR Tirmizi 2416]
Biarlah kita tidak bekerja sehebat orang lain tetapi pekerjaan yang kita lakukan mendapat reda Allah. Janganlah kita terikut-ikut kata-kata orang seperti tidak hensem tidak apa janji kaya. Sepatutnya yang kita perlu katakan ialah tidak hensem tidak apa janji Allah reda.
***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook
Elakkan Dapat Rezeki Haram..5 Pekerjaan Ini Melelahkan Tetapi Diredai Allah Dan Rasul
Baca Artikel Menarik:
- Dos penggalak COVID-19: ‘Pergi klinik, klinik tutup’, KKM perkukuh MySejahtera
- Anak arwah Vanessa masih di rawat
- Siakap kayangan, Restoren Terapung Sas Rimba tak terjejas
- Kerajaan gagal lucut hak barangan milik Najib, Rosmah
- PAS tidak boleh bermain ‘Dua Kolam’
- PRN Melaka: Serangan peribadi tidak melunturkan semangat Dira untuk berkhidmat
- Tak terkelip tengok Nabila Huda bertinju
- Sebak tengok ‘baby bump’ Neelofa
- Mike Tyson bidas pemimpin Melayu UMNO, Bersatu dan PAS
- Bekas YB ‘Juara Penambak Babi’ yakin menang walaupun bertanding bebas
- PRN Melaka: PH suka katak, pengkhianat hawau
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng