Perjalanan udara Malaysia-Singapura tanpa kuarantin
Perjalanan udara Malaysia-Singapura tanpa kuarantin
Individu yang sudah melengkapkan vaksinasi COVID-19 boleh berulang-alik antara Malaysia dan Singapura menerusi perjalanan udara tanpa perlu menjalani kuarantin bermula 29 November ini.
Kebenaran menerusi skim Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong, dalam satu kenyataan bersama.
Kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan berkaitan VTL melalui panggilan telefon hari ini.
VTL yang membabitkan laluan udara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu tertakluk kepada keputusan ujian COVID-19 sebagai ganti menjalani kuarantin atau Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).
Kenyataan bersama itu menyebut, Perdana Menteri Malaysia dan Singapura mengakui COVID-19 mengganggu hubungan rakyat kedua-dua negara dan memisahkan banyak keluarga selama beberapa bulan.
Katanya, oleh kerana Malaysia dan Singapura sudah mencapai kemajuan ketara dalam pemberian pelalian kepada penduduk masing-masing dan pengurusan wabak COVID-19, Ismail Sabri dan Hsien Loong bersetuju menyambung perjalanan rentas sempadan secara progresif antara kedua-dua negara dengan cara yang selamat.
“Kedua-dua Perdana Menteri berharap dapat memulihkan perjalanan merentasi sempadan darat antara dua negara berjiran dalam masa terdekat.
“Mereka gembira melihat kemajuan yang baik dalam perbincangan terperinci berterusan mengenai skim perjalanan sama untuk membuka semula perjalanan merentasi Tambak Johor dan LinkKedua dengan mengambil kira situasi kesihatan awam di Johor dan Singapura,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Ismail Sabri dalam kenyataan sama berkata, VTL adalah satu lagi pencapaian penting dalam kerjasama Malaysia-Singapura yang sudah lama terjalin.
“VTL akan membenarkan perjalanan kedua-dua negara secara beransur-ansur membuka semula sempadan secara bertanggungjawab dengan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi kita sambil memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat daripada COVID- 19.
“Saya berharap skim perjalanan ini dilaksanakan secara efektif sebagai tambahan kepada usaha yang dibangunkan sebelum ini untuk memudahkan pergerakan orang dan barangan antara Malaysia dan Singapura”, katanya.
Mengulas isu sama, Hsien Loong gembira kerana Malaysia dan Singapura akhirnya dapat membenarkan semula perjalanan rentas sempadan melalui VTL.
“Singapura dan Malaysia menikmati hubungan yang mendalam dan mesra dalam pelbagai aspek. Saya amat gembira kerana kedua-dua negara dapat memulakan semula perjalanan rentas sempadan melalui VTL.
“Ini akan membantu memulihkan ekonomi kita, hubungan rakyat dengan rakyat kita dan mengukuhkan hubungan dua hala,” katanya. BH
Perjalanan udara Malaysia-Singapura tanpa kuarantin
Baca Artikel Menarik :
- Dos penggalak COVID-19: ‘Pergi klinik, klinik tutup’, KKM perkukuh MySejahtera
- Anak arwah Vanessa masih di rawat
- Siakap kayangan, Restoren Terapung Sas Rimba tak terjejas
- Kerajaan gagal lucut hak barangan milik Najib, Rosmah
- PAS tidak boleh bermain ‘Dua Kolam’
- PRN Melaka: Serangan peribadi tidak melunturkan semangat Dira untuk berkhidmat
- Tak terkelip tengok Nabila Huda bertinju
- Sebak tengok ‘baby bump’ Neelofa
- Mike Tyson bidas pemimpin Melayu UMNO, Bersatu dan PAS
- Bekas YB ‘Juara Penambak Babi’ yakin menang walaupun bertanding bebas
- PRN Melaka: PH suka katak, pengkhianat hawau
Layari Laman Facebook MYKMU
PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng
You must be logged in to post a comment.