Hyundai Kona Electric dilancarkan di Malaysia

Hyundai Kona Electric dilancarkan di Malaysia

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) akan melancarkan kenderaan elektrik penuh pertama jenama Hyundai di Malaysia, Kona Electric pada hujung November ini.

Menurut HSDM, kenderaan tersebut boleh didapati dalam dua rangkaian kuasa elektrik bateri sifar pelepasan yang berbeza.



Rangkaian kuasa pertama merupakan versi julat panjang yang dikuasakan bateri 64 kWh dengan julat maksimum 484 kilometer manakala yang kedua ialah versi asas bateri 39.2 kWh dengan julat pemanduan 305 kilometer serta prosedur ujian kenderaan ringan sedunia (WLTP) dengan pengecasan tunggal.

Harga kereta tersebut dijangka bermula di bawah RM150,000 untuk model asas bersama pengecualian duti import dan eksais, yang diberikan khusus kepada kenderaan elektrik (EV) seperti diumumkan dalam Bajet 2022.

Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, pengecualian duti yang diberikan dijangka akan meningkatkan lagi minat rakyat Malaysia terhadap EV.



“Kehadiran Kona Electric adalah tepat pada masanya, memandangkan ia memberikan lebih pilihan kepada pengguna yang mahukan pilihan kenderaan yang lebih mampan dan hijau bagi membantu mengurangkan jejak karbon.

“Kona Electric menawarkan prestasi elektrik yang menakjubkan dari segi julat bateri dan kelajuan. Ia turut mempunyai teknologi pengecasan cepat yang menjadikannya sempurna untuk pemanduan jarak jauh,” katanya dalam kenyataan.

Kedua-dua varian 64 kWh dan 39.2 kWh Kona Electric menampilkan motor elektrik yang menghasilkan kuasa maksimum 204 PS (150 kW) dan 395 Nm tork segera, menjadikan kelajuan kereta tersebut mencapai 100 kilometer sejam (kmj) dalam 7.9 saat.



Sementara itu, berikutan pelancaran kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk Hyundai, Staria Premium, HSDM mengumumkan pihaknya tidak merancang untuk memperkenalkan varian 11 tempat duduk MPV tersebut di pasaran Malaysia.

Menurut pengurusannya, Grand Starex akan menjadi satu-satunya MPV 11 tempat duduknya yang dipasarkan di Malaysia.

“Dengan pelancaran Staria Premium, HSDM sedang memperkembang tawarannya untuk MPV.



“Staria Premium merupakan MPV mewah pertama Hyundai yang sebaris dengan MPV mewah Jepun dan ia berada dalam kategori yang lebih tinggi berbanding Grand Starex,” katanya. Utusan

Hyundai Kona Electric dilancarkan di Malaysia


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker