Dr. Akmal rawat pesakit sebelum ke Pusat Penamaan Calon

Sebaran :

Dr. Akmal rawat pesakit sebelum ke Pusat Penamaan Calon

MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Dr. Muhammad Akmal Salleh sempat memberikan rawatan sebelum bergerak ke Pusat Penamaan Calon (PPC).

Menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin itu memberikan suntikan kepada salah seorang penduduk di kawasannya.

“Kita rawat orang kampung dulu sebelum ke PPC. Moga abang Hisam cepat sembuh,” katanya.



Dr. Muhammad Akmal merupakan antara muka baharu yang diketengahkan BN sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Doktor perubatan berusia 33 tahun berkenaan sebelum ini aktif dalam aktiviti kemasyarakatan menerusi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gerakan Belia 4B, sejurus tamat pengajian di Universiti Russian State Medical pada 2013.

Menerusi aktiviti kebajikan dan sosial yang dijalankan, beliau kini dikenali penduduk setempat sebagai antara penggerak kebajikan, malah kerap turun padang dalam aktiviti khidmat masyarakat bagi meringankan beban penduduk yang ditimpa musibah. Utusan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Dr. Akmal rawat pesakit sebelum ke Pusat Penamaan Calon


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’


Sebaran :

Leave a Reply