PRN Melaka: Calon muka baharu cerminan pemimpin masa hadapan – Ab Rauf

Oleh Bamjekk

TANJUNG BIDARA – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka menyatakan bahawa keputusan 90 peratus calon muka baharu yang dikemukakan oleh BN pada pilihan raya negeri (PRN) negeri Melaka kali ini adalah keputusan pucuk pimpinan parti.

Katanya, ianya adalah keputusan bersama dengan ibu pejabat yang mana tiba masanya Melaka menjadi ukuran masa depan kecemerlangan parti sekiranya ada berlaku pilihan raya umum (PRU) ke 15, Melaka dijadi ukuran bahawa kesesuaian masa dan keadaan ketika ini.

‘Orang-orang muda mesti diberikan pendedahan bagi mereka bersedia untuk memimpin generasi yang akan datang,’ katanya.

 

Selain dari itu, garis sempadan telah ditetapkan kepada mereka-mereka yang dilihat sudah berada dipersada pimpinan melebihi 15 tahun seharusnya diberikan ruang kepada pimpinan-pimpinan muda untuk meneruskan kepimpinan kerana zaman dan waktu ketika ini dilihat sebagai satu cabaran yang besar dalam peralihan pengaruh minda orang muda yang akan beransur-ansur bakal menjadi pemilih dalam PRU yang ke 15 nanti.

Tambahnya, situasi yang beliau lihat adalah satu gambaran yang cukup hebat daripada pucuk pimpinan tetapi semua orang yang duduk dalam kepimpinan ketika ini kena lah berjiwa besar kerana situasi memerlukan satu pengorbanan bagi mereka yang melihat, sekiranya pengundi umur 18 tahun nanti dapat menjangkau minda anak muda ketika ini dapat melihat tokoh yang BN ketengahkan.

‘Melaka tidak boleh dijadikan ukuran keseluruhan PRU akan datang, ianya adalah satu rujukan bagi dapat mengimbangi dan menghadapi pilihan raya yang lebih besar akan datang dan juga menjadi pemimpin anak bangsa di masa hadapan’, tambahnya lagi.

KEDUDUKAN KEPUTUSAN PRU-14 KERUSI BAGI DUN : N.02 TANJUNG BIDARA

4,865 Undi – BN
2,001 Undi – PKR
1,501 Undi – PAS

Dimenangi Oleh:
HJ MD RAWI BIN MAHMUD
BARISAN NASIONAL
Jumlah Undi: 4,865
Majoriti : 2,864

Telah Menewaskan:
HALIM BACHIK
PARTI KEADILAN RAKYAT
Jumlah Undi: 2,001

Telah Menewaskan:
USTAZ IMRAN
PARTI ISLAM SE MALAYSIA
Jumlah Undi: 1,501

PRN Melaka: Calon muka baharu cerminan pemimpin masa hadapan – Ab Rauf

PRN Melaka: Calon muka baharu cerminan pemimpin masa hadapan – Ab Rauf

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker