Sulaiman calon Ketua Menteri Melaka BN

Sulaiman calon Ketua Menteri Melaka BN

MASJID TANAH – Barisan Nasional (BN) mengesahkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali merupakan satu-satunya calon yang akan memegang jawatan Ketua Menteri sekiranya BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perkara itu disahkan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak kepada media selepas mengiringi calon parti itu, Datuk Ab Rauf Yusoh di pusat penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, pagi ini.



Bekas Perdana Menteri itu berkata, tidak timbul pencalonan Abd Rauf di kerusi DUN Tanjung Bidara, memungkinkan nama lain bakal dikemuka bagi jawatan itu.

“Tak, tak, tak… kita (BN) dah tentukan Sulaiman saja (sebagai ketua menteri),” katanya ketika beliau mengiringi Ab Rauf ke pusat penamaan calon bagi kerusi DUN Tanjung Bidara.

Sulaiman adalah calon BN bagi kerusi DUN Lendu PRN Melaka.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata, beliau bertanding pada pilihan raya itu bagi membawa mesej perjuangan parti, bukan untuk menentang mana-mana individu.



“Saya bukan melawan (Datuk) Mas Ermieyati (Samsuddin). Saya membawa sebuah perjuangan dan menebus maruah orang UMNO di Tanjung Bidara,” katanya.

Kerusi Dewan DUN Tanjung Bidara menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Ab Rauf; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermiyati serta calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan. MG

Sulaiman calon Ketua Menteri Melaka BN


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker