Suami Baru Pulih Dari COVID-19, Isteri Pula Terlantar Sakit Memohon Bantuan Perubatan
Suami Baru Pulih Dari COVID-19, Isteri Pula Terlantar Sakit Memohon Bantuan Perubatan
SEREMBAN: Ujian berganda buat bapa kepada tiga orang anak apabila dia yang dalam proses pemulihan daripada COVID-19, kini diuji dengan keadaan isterinya yang terlantar sakit sejak bulan lalu.
Mizman Ngadinan, 50, berkata, isterinya, Norentan Mohamad, 42, yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kini hanya mampu terbaring di rumah mereka di Taman Arowana Impian di sini.
Dia berkata, keadaan kesihatan isterinya juga semakin merosot selepas terpaksa menjalani pembedahan membuang bisul September lalu.
“Sejak itu juga isteri perlu menjalani hemodialisis tiga kali seminggu,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Menurutnya, apa yang merisaukannya ketika ini ialah untuk menyediakan kos pembedahan membuat ‘fistula’ atau tapak dialisis yang dianggarkan antara RM3,000 sehingga RM10,000.
Mizman berkata, dia kini dalam proses untuk membuat permohonan bantuan daripada kerajaan negeri selain menunggu kelulusan permohonan bantuan daripada Baitulmal.
“Pendapatan bulanan saya pun hanya RM1,500. Saya pun nak kena bayar ansuran rumah dan kereta selain perlu menanggung dua anak yang masih bersekolah di Tingkatan 5 dan 6.
“Kalau untuk makan minum itu InsyaAllah tiada masalah kerana ada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang datang membantu.
“Cuma apa yang saya risaukan adalah kos perubatan termasuk membeli lampin pakai buang isteri yang dianggarkan mencecah RM500 setiap bulan,” katanya.
Bercerita lanjut, Mizman berkata, setiap kali memikirkan ujian yang perlu ditanggungnya menyebabkan ada ketikanya dia tertekan, namun perlu kuat demi anak-anak dan isteri.
“Kalau dulu mungkin tiada masalah kerana saya ada kerja yang stabil sebagai penyelenggara elektrik.
“Tapi pada tahun 2016 saya diberhentikan dan sejak itu hidup saya makin tersepit kerana dalam usia lebih 40 tahun, siapa yang sedia ambil saya bekerja,” ujarnya.
Bagaimanapun, dia mengakui bernasib baik kerana rakannya sudi membantu mendapatkan pekerjaan di syarikat kenderaan terpakai.
“Tapi sekarang saya pun dah tak kuat lagi kerana kesan daripada jangkitan COVID-19. Mujurlah anak-anak membantu menjaga ibunya,” katanya.-SH
Suami Baru Pulih Dari COVID-19, Isteri Pula Terlantar Sakit Memohon Bantuan Perubatan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Cuba rempuh, polis tembak kereta, tahan suspek edar dadah
- Letak duit dalam coli pun tak selamat
- Suara Level Penyanyi Karaoke – Azmeer Tegur Iqbal
- Gelagat politik PAS tidak patuh syariah?
- Nynaa Harizal dilarikan keluarga guna senjata api, suami buat laporan polis
- PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu
- Vanessa Angel dan suami maut dalam nahas jalan raya
- Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1,196 seekor
- Setimpalkah hukuman mereka ini– Didie Alias
- Kemaluan bengkak, kanak-kanak didakwa disunat jin
- McDonalds kembali dengan menu ayam goreng 3x pedas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin
Hidangan siakap lebih RM1,000: Jangan tular, lapor kepada KPDNHEP
You must be logged in to post a comment.