Sah Idris Haron, Nor Azman Bertanding Tiket PH — MYKMU.NET

Sah Idris Haron, Nor Azman Bertanding Tiket PH

Sebaran :

Sah Idris Haron, Nor Azman Bertanding Tiket PH

Teka-teka ke mana hala tuju dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akhirnya terjawab apabila disahkan bakal bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu diumumkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media pengumuman calon yang dijalankan secara maya sebentar tadi.

Katanya, Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka bakal dipertaruhkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan manakala Nor Azman yang sebelum ini memenangi kerusi DUN Pantai Kundor atas tiket UMNO, dikekalkan di kerusi berkenaan.



“Seperti sebelum ini telah dimaklumkan agihan kerusi didalam PH adalah lapan DAP, sembilan Amanah dan 11 PKR. Kerusi di Asahan yang bakal ditandingi Idris sememangnya kerusi PKR dan DUN Pantai Kundor pula adalah kerusi Amanah.

“Sememangnya ada persefahaman antara semua pihak dan meskipun mereka bakal bertanding dibawah tiket PH, kedua-dua mereka ini telah menyertai parti – parti komponen di dalam PH ini,” katanya dalam sidang media.

Sebelum ini, Idris dan Nor Azman antara empat ADUN yang menyatakan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang menyebabkan DUN terpaksa dibubarkan sehingga PRN terpaksa diadakan.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Presiden PKR berkata keputusan menerima dua bekas ADUN itu dibuat dengan teliti bersama semua rakan komponen.

“Perkara ini kami telah teliti secara mendalam tentang kesediaan kita menerima rakan (Idris dan Nor Azman), yang mana bukan sahaja boleh bersama mengharungi cabaran sebliknya meletakkan asas pentadbiran kerajaan yang kukuh di Melaka selepas pilihan raya ini.



“Saya hendak tekankan bahawa kita tidak pernah mengambil sikap memusuhi semua tiga juta ahli UMNO mahupun ahli Pas, yang kita mahu tentang adalah pemimpin yang rakus dan penerimaan ini memberi ruang kepada kestabilan politik yang berwibawa,” tambahnya.

Pada sidang media yang turut disertai Presiden Amanah Mohamad Sabu itu, Anwar mengumumkan sembilan lapan calon Amanah dan 11 calon PKR -AA

Sah Idris Haron, Nor Azman Bertanding Tiket PH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin

Hidangan siakap lebih RM1,000: Jangan tular, lapor kepada KPDNHEP


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: