Buli pengaruh budaya Barat, hentikan tradisi haram ini!

Lecturer Ridhuan Tee Abdullah speaks during a special forum in Kuala Lumpur on April 25, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

BANGI, 29 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Pasukan khas perlu dibentuk bagi menyiasat gejala buli terutama di institusi pengajian tinggi (IPT) bagi mengelakkan tragedi sadis seperti kes Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain berulang.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, pengaruh buli yang berlaku hakikatnya bukan budaya orang Melayu, sebaliknya tradisi budaya haram dari Barat.

Penderaan dalam buli itu sendiri sangat bertentangan dalam ajaran Islam, bahkan agama lain turut melarang mencederakan orang lain sehingga boleh menyebabkan kematian.

“Kenapa perlu teruskan budaya Barat yang tidak sesuai dengan gaya hidup kita walaupun kononnya dianggap normal.

“Kita bimbang buli dijadikan alasan untuk mereka membalas dendam,” katanya dalam siaran Buletin TV pertiwi malam ini.

Beliau mengakui, kes buli membabitkan Allahyarham Zulfarhan telah membuka mata masyarakat dan ramai pihak betapa bahayanya jenayah ini.

“Saya sendiri berpengalaman apabila ada pelajar datang dan berkongsi pengalaman menjadi mangsa buli malah ada yang lebih teruk.

“Namun kejadian Zulfarhan ini telah buktikan kepada kita bahawa gejala buli perlu dipandang serius, jangan buat sambil lewa,” katanya.

Kes Allahyarham Zulfarhan menjadi perhatian selepas Mahkamah Tinggi memutuskan enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat terhadap mangsa, empat tahun lepas.

Mereka dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi hingga 5.30 pagi 21 Mei 2017.

Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Pautan:

https://www.facebook.com/2049757038611479/posts/2959082337678940/

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa Tertuduh Dalam Kes Buli Zulfarhan Terlepas Hukuman Mati?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker